Monday 28 November 2011

Murtabak

 
utk KULIT
bahan:
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 50 ml susu segar
  • 1/2 biji telur
  • 1 sb minyak
  • air secukupnya
Cara
  1. Campur kesemua bahan. uli sehingga lembut.
  2. Bulat2kan doh. peram dlm minyak yg dicampur dgn 1 sb butter selama sejam atau lebih.

Kuah rojak ayam

Bahan:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sb minyak
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sb udang kering
  • 200 gm kacang tanah
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 keping gula melaka(saiz kecil) or kurozato
  • gula (jika gula melaka x cukup)
  • 2 sk garam
  • 1 keping asam keping
  • air secukupnya
Cara:
  1. Goreng cili kering dgn minyak sehingga agak2 garing. sentiasa kacau semasa menggoreng kerana cili kering mudah hangus.
  2. Blend cili kering, bwg besar, bwg putih, lengkuas, udang kering dgn air sehingga hancur. Masukkan ke dalam periuk Panaskan.
  3. Blend kacang tanah bersama air sehingga hancur. MAsukkan ke dlm periuk.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan asam keping.
  6. MAsak sehingga mendidih atau pecah minyak. Tambah air jika terlalu pekat.

Kentang bertelur

Bahan:
  • 2 biji kentang saiz sederhana
  • 5 biji cili padi
  • 1/2 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • brokoli
  • minyak utk menumis
  • garam secukup rasa
Cara:
  1. Rebus kentang separa empuk. Panaskan air terlebih dahulu. setelah mendidih, baru masuk kentang. rebus kira2 5 minit shj. Toskan air.
  2. Panaskan kuali. Tumis bawang besar, bwg putih dan cili yg telah dipotong sehingga kekuningan bersama sedikit minyak.
  3. Masukkan kentang dan goreng sehingga betul2 empuk.
  4. Masukkan telur. Kacau rata
  5. Masukkan brokoli dan garam.

Wednesday 23 November 2011

Seafood Tomato Spaghetti

 
Bahan:
  • 250gm spaghetti
  • 400gm tomato puree (italian brand)
  • 1 1/2 sb gula
  • 2 sk garam
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • udang
  • remis or lala
  • sotong
  • serbuk oregano
  • serbuk basil
  • 2 sb minyak masak or olive oil
Cara:
  1. Celur spaghetti bersama 1 sb minyak masak dan 1 sk garam sehingga lembut. Toskan air.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
  4. Masukkan tomoto puree sehingga mendidih.
  5. Masukkan semua seafood.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masuk Spegeti dan kacau rata.
  8. Tabur serbuk oregano dan basil.

    Monday 14 November 2011

    カレイの煮付け ... karei no nitsuke

    bahan:
    • 2 ekor カレイ (ikan mata sebelah)
    • 20ml shouyu
    • 1/2 peket perencah soba
    • 2 sb gula
    • 1 cwn air
    • 1/2 biji bwg besar
    • 2 hiris halia
    • 5 cm lobak merah
    Cara
    1. Bersihkan ikan. Masukkan ke dlm periuk.
    2. Bancuh shouyu, gula, perencah soba bersama air.
    3. Masukkan ke dlm periuk.
    4. Masak dgn api perlahan. Tutup periuk.
    5. Masukkan bawang dan lobak yg telah dihiris nipis2.
    6. Masak sehingga mendidih.

    Monday 7 November 2011

    Kuah Kacang with chicken


    Bahan;
    • 300 gm kacang tanah
    • 250 gm ayam @ tulang ayam (jika buat sate, gune shj tulang ayam)
    • 4 ulas bawang merah @ 1/2 biji bwg besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 cm halia
    • 1 cm lengkuas
    • 1 btg serai
    • 1 kpg asam keping
    • 50 gm gula melaka @ kurozato
    • 1/2 cwn gula
    • 1 sb garam
    • 2 sb lada lumat ( boleh tambah jika suka pedas)
    • secubit belacan
    • minyak utk menumis
    • air
    Cara;
    1. Tumis lada lumat dgn minyak sehingga pecah minyak..
    2. Sementara tunggu pecah minyak, blend bwg merah, bwg putih, halia dan lengkuas dgn sedikit air.
    3. Masukkan bhn blend setelah pecah minyak.
    4. Masukkan belacan dan asam keping.
    5. Tumis sehingga naik bau.
    6. Blend kacang tanah sehingga hancur. JIka guna kacang yg mentah, goreng dan buang kulit terlebih dahulu. (kacang boleh diblend kering atau blend bersama air)
    7. Masukkan ke dlm periuk yg mengandungi bhn tumis. Masukkan serai dan air secukup nya.
    8. Masak dgn api yg kecil.
    9. Masukkan ayam, gula melaka, garam dan gula.
    10. Masak sehingga kuah kacang itu pecah minyak.

    Thursday 3 November 2011

    Chikuwa tenpura

    Bahan:
    • 5 batang chikuwa
    • 4 sb tepung gandum
    • secubit garam
    • secubit gula
    • 1/2 sk serbuk seaweed (nori)
    • 1 kecil ais kiub
    • air sejuk
    • minyak
    Cara:
    1. Belah chikuwa kepada 2. Gaul dgn 1 sb tepung gandum
    2. Campur 3 sb tpg gandum dgn gula, garam dan serbuk seaweed. Masukkan air. Bancuhan hendaklah sedikit pekat(sbb lps masuk ais, bancuhan akan jd cair sedikit). Masukkan air batu. Kacau.
    3. Celup chikuwa ke dlm bancuhan tepung. MAsukkan ku dlm kuali setelah minyak panas.
    4. Goreng sehingga masak. 

      Yaki Onigiri

      Yaki Onigiri
      Bahan:
      • 2 cawan nasi jepun
      • 2 sb shouyu (kicap jepun)
      • 2 sk minyak bijan
      • 1 sk bijan
      • Seaweed (10x3cm)
      Cara:
      1. Campurkan shouyu dgn minyak bijan. Masukkan 3/4 ke dalam nasi jepun.
      2. Masukkan bijan dan gaul sekata. Jika suka masin, lebihkan kicap jepun.
      3. Masukkan nasi ke dlm acuan onigiri, jika tiada, bentukkan dgn tangan.
      4. Goreng dalam kuali leper. Sapu permukaan onigiri dgn lebihan campuran minyak bijan dan shouyu. 
      5. Goreng sehingga kekuningan.
      6. Ambik sekeping seaweed dan balut onigiri yg telah masak.
      7. Siap utk dimkn!