Tuesday 7 February 2012

Healthy Popia Basah

Popia Basah
Bahan:
  • 1 peket rice paper
  • 1/2 biji kobis
  • 1 batang lobak
  • 350 gm udang
  • sesame dressing
  • sos cili thai
Cara
  1. Buang kulit udang dan rebus sebentar.
  2. Belah udang kepada 2.
  3. Hiris kobis halus2. 
  4. Hiris lobak halus2. Gaul bersama kobis.
  5. Ambil sehelai rice paper. Basahkan dgn air. Letak di atas pinggan. Tunggu sehingga rice paper lembut sedikit.
  6. Sementara menunggu, sediakan rice paper 1 lagi di atas pinggan yg lain.
  7. Ambil sedikit campuran kobis dan lobak. Letak di atas rice paper. Curahkan sedikit sesame dressing di atas sayur tersebut.
  8. Lipat rice paper sekali. Masukkan udang. Selesaikan lipatan rice paper hingga siap macam bungkus popia.
  9. Ulang langkah 6 sehingga habis.
  10. Sediakan sos thai. Cicah popia dan makan la!!
sesame dressing & Thai chili sauce

    Chocolate Muffin

    Chocolate Muffin
    Bahan:
    • 90 gm butter
    • 70 gm gula
    • 110 gm tepung gandum
    • 30 ml fresh milk
    • 1 sk baking powder (disatukan dgn tepung)
    • 1 biji telur saiz M
    • 1 1/2 sb serbuk coklat
    • 2 sb chocolate rice @ chocolate chip - option
    Cara:
    1. Pukul butter dan gula hingga kembang
    2. Masukkan telur dan pukul lagi.
    3. Masukkan tepung dan susu berselang-seli 2 kali.
    4. Masukkan serbuk coklat dan chocolate rice. Pukul sekata.
    5. Setelah siap masukkan ke dalam cup muffin.

    Pandan Muffin

    Pandan muffin
    Bahan:
    • 90 gm butter
    • 70 gm gula
    • 110 gm tepung gandum
    • 30 ml fresh milk
    • 1 sk baking powder (disatukan dgn tepung)
    • 1 biji telur saiz M
    • sedikit perasa pandan
    • sedikit pewarna hijau
    Cara:
    1. Pukul butter dan gula hingga kembang
    2. Masukkan telur dan pukur lagi.
    3. Masukkan tepung dan susu berselang-seli 2 kali.
    4. Masukkan pewarna dan perasa pandan. Pukul sekata.
    5. Setelah siap masukkan ke dalam cup muffin.

    Friday 3 February 2012

    Prune Muffin

    Prune Muffin
    Resipi oleh sifu mat gebu tp saya tukar jadi prune muffin. Bahan asas utk muffin sama sahaja. Boleh tukar buah prune kepada bahan lain yg disukai. Resipi ni tidak terlalu manis dan rasa manisnya sedang elok saja.

    Bahan:
    • 90 gm butter
    • 70 gm gula
    • 110 gm tepung gandum
    • 30 ml fresh milk
    • 1 sk baking powder (disatukan dgn tepung)
    • 1 biji telur saiz M
    • 50 gm buah prune sunsweet( dipotong kecil)
    Cara:
    1. Pukul butter dan gula hingga kembang
    2. Masukkan telur dan pukur lagi.
    3. Masukkan buah prune.
    4. Masukkan tepung dan susu berselang-seli 2 kali.
    5. Setelah siap masukkan ke dalam cup muffin.
    6. Bakar suhu 180 darjah selama 20-25 minit.