Sunday 16 September 2012

Sambal Udang

Bahan:
(A)

  • 500gm udang besar - dibersihkan
  • garam
  • kunyit
  • 2 sb minyak masak
(B)
  • 15 tangkai cili kering -diblend
  • 1 biji bawang besar - diblend
  • 5 ulas bawang putih - diblend
  • 3 sb sos tomato
  • 1/2 biji tomato
  • air
  • 3 sb gula 
  • 1 sk garam
  • minyak
Cara:
  1. Gaul udang dgn kunyit dan garam.
  2. Goreng udang separuh masak dgn minyak yg sedikit. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bhn blend dgn minyak bekas goreng udang. Tambah minyak sedikit lagi.
  4. Tumis hingga agak2 garing.
  5. Masukkan sos tomato dan buah tomato.

Wednesday 12 September 2012

Takoyaki a.k.a Octopus Ball


Bahan2:

  • 150 gm tepung takoyaki
  • 1 biji telur (50gm)
  • 450 ml air
  • octopus - potong kiub
  • bawang - dicincang halus (*option)
  • kobis - dicincang halus (*option)
  • tuna - option
cara:
  1. Masukkan tepung dan air ke dlm bekas. Air dimasukkan 200ml dahulu, kacau hingga sebati. Masukkan telur. kemudian tambah lagi air. ini utk mengelakkan tepung tidak larut.
Tips: guna air suam supaya tepung mudah larut dan tidak berketul2..


topping:
  • sos cili
  • mayonis
  • katsuo bushi (ikan parut)
  • nori (seaweed)
actually org jepun makan dgn sos tokayoki.. tp byk yg tak halal.. so, mkn ngan sos cili pon sodap!

Octopus


hasil yg tak jadi




hasil yg tak menjadi

Sunday 9 September 2012

Biskut Mama Carries


Dr Myresipi


Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin (hokkaido butter lebih sedap dr butter yg biasa)
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.


Resipi dr myresipi, mmg sedap! sila cube supaya dpt kongsi keenakan nyer.. 

Saturday 8 September 2012

Marble Cheese Brownies

Marble Cheese Brownies


Resipi oleh Rinnchan terror masak!

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter (hokkaido butter 200gm+butter biasa 50gm)
1 cwn serbuk koko (serbuk koko van hauten.. eja camne ntah)
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. (*handwhisk saja, terlebih pukul nanti kek jd kembung/terlebih naik)
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. (loyang bakar xleh kecik dr saiz nih nanti brownies jd tebal..tak masak dlm masa 20 minit!)
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

(*1 sb sunquick - sy tambah)

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. (saya tambah jd 20 minit sbb xmasak.. suhu 170 darjah)




Lessons & Learned
  • jgn pukul telur sampai kembang sgt nanti kek naik tinggi.
  • lapisan coklat tak boleh tebal sgt nanti tak masak dlm masa 20 minit.
  • Potong kek selepas bw keluar dr peti sejuk kerana cheese masih keras, senang utk dipotong or hasil potong sgt cantik!

Tips Potong Cheese Cake


  1. Cheese cake hendaklah dipotong segera selepas dibawa keluar dr peti sejuk.
  2. Pisau direndam air panas seketika. lap dgn kain kemudian potong. rendam pisau setiap kali hendak memotong kek.