Friday 10 June 2016

Ayam Sambal Bali

ayam sambal bali 1. potong ayam 1/2kg. gaul garam kunyit. goreng separuh masak. 2. blend bwg besar 3biji saiz bola pingpong, 6 ulas bwg putih. sekeping halia saiz duit 50sen. belacan saiz 3kpg duit 50sen. 3 sd besar cili kering blend. nak pedas leh tambah lg. blend sume. gune bwg jenis kaler merah lg sedap, x pahit. 3. goreng 3 tangkai daun kari dan 3 batang serai yang gemok diketuk2 hingga kekuningan. gune minyak goreng ayam td. 4. bile dah garing, masuk bhn blend. tumis hingga naik bau atau naik minyak. masuk 1 sd besar gula. 5. masuk ayam. goreng hingga pecah minyak. masukkan kicap mengikut citarasa warna masing2.masuk 1 sk garam. kalau cepat sgt kering, tambah air bg ayam lebih mesra dgn kuah. tambah cili api kalo nak pedas lagi.

Thursday 9 June 2016

Doa selapas Tarawih

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu. Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua. MUNAJAT RAMADHAN… Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim… Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar. Ya Fattahu Ya 'alim… Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah… Ya Allah Rabbul Jalil…. Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah… Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim… Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah….. Ya Allah…. Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah… Ya Allah Ya azizz… Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah. Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim.. Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi… Ya Allah Ya Malikal Mulk… Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim… Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu. Ya Allah…. Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang…. Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram… Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg… Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya… aamiin3 ya rabbal'aalamiin...😇

Monday 15 February 2016

Cuanki

Cuanki ialah sejenis makanan indonesia yang lebih kurang sama seperti bakso. bakso diperbuat drpd daging manakala cuanki diperbuat dprd campuran ikan. sup cuanki juga adalah sama seperti bakso.
cuanki
CUANKI

Step 1
  • 2 cwn isi ikan tenggiri (isi ikan tenggiri warna putih dan agak pejal. mungkin boleh try guna ikan selain tenggiri)
  • 10-15 ekor udang (setgh cwn)
  • 200gm isi ayam
  • 1/2 cwn daging cincang (☆optional)
Kisar semua bahan2 di atas hingga halus.



Step 2
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk garam atau secukupnya
  • 1 sk serbuk pati ayam atau lembu
  • 1 biji telur saiz M
  • 6 ulas bwg putih ditumbuk halus
  • 125-150gm tepung tapioca
  • 200ml air sejuk (boleh campur ais) atau secukupnya
Masukkan kesemua bahan kecuali tepung tapioca dan air sejuk ke dlm adunan Step 1. gaul rata dgn tgn. setelah rata, masukkan tepung tapioca. masukkan air sejuk. gaul. adunan hendak lah tidak terlalu lembik atau keras. jika kurang air, tambahkan lagi.

Setelah digaul rata, kisar semula bhn2 tersebut dgn food processor.


Step 3
cara buat kulit pangsit/gyouza/dumpling skin
  • 200gm tepung gandum
  • 50gm butter
  • sedikit garam dan serbuk pati ayam atau lembu
  • air panas
gaul tepung bersama butter. larutkan garam dan serbuk pati ke dalam air panas. masukkan bancuhan ke dalam adunan tepung. uli sehingga tepung tak melekat pada tangan.

canai nipis adunan dan potong petak2 mengikut saiz kesukaan masing2.
ambil 1/3 adunan dr Step2. bungkus seperti dlm gambar sehingga abis. goreng sehingga perang.


Step 4
  • panaskan air di dalam periuk. apabila air sudah mendidih padam kan api. bulat2 kan 1/3 adunan Step 2. cara buat bebola boleh rujuk di youtube. setelah siap, hidupkan api. masak sehingga bebola timbul. angkat.
  • jika mahu digoreng, panaskan minyak dan bulat2kan. goreng. (tak perlu rebus terlebih dahulu. rasa cuanki goreng lagi sedap drpd yang direbus.)
  • lagi 1/3 adunan Step 2 boleh di isi ke dalam tauhu kering atau kulit tauhu. setelah di isi, bolehlah digoreng atau direbus bersama bebola cuanki.



SUP
  • air rebusan daging atau ayam
  • 2 keping halia
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/4 biji bwg besar
  • 2 sk garam
  • 1 sk serbuk pati ayam atau lembu
  • 1/2 serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
cara
  1. masukkan air rebusan daging atau ayam.sukk masukkan air sehingga sup menjadi 2 liter.
  2. masukkan halia. panaskan sup.
  3. tumbuk garam, bawang putih dan bawang besar
  4. tumis bahan2 tumbuk. masukkan lada sulah.
  5. setelah kekuningan, masukkan ke dlm sup.
  6. masukkan serbuk pati ayam atau lembu
  7. masak hingga mendidih.
  8. tambah garam atau apa2 bahan yang agak2 terkurang.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
  • sawi (dicelur)
  • daun bawang (dihiris halus)
  • telur rebus (☆optional)
  • kecap manis ABC
  • sos cili ABC or sos cili cap belibis (indonesian brand)
  • dan lain2 bahan kesukaan masing2



Sekian, selamat membikin cuanki!!!