Sunday 23 October 2011

Kuih Keria


akhir2 ni byk pulak entry kuih.
buat lagi kuih keria sbb ubi keledek yg dpt dr kenalan byk lg.
nyam2..

Bahan:
500 gm ubi keledek
60-80 gm tepung
1/2 sk garam
air
4 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara:

  1. Rebus ubi keledek dgn garam.
  2. Setelah empuk, hancurkan ubi tersebut.
  3. Masukkan tepung ke dlm bekas yg mengandungi ubi.
  4. Bentukkan adunan seperti donut.
  5. Goreng sehingga kekuningan
  6. Setelah siap, biarkan sejuk sedikit seblm sira.
  7. Masukkan gula dan 2 sb air ke dlm kuali.
  8. Kacau sehingga gula cair.
  9. Bila gula dah berbuih2 nak mengeras, baru masukkan keria.
  10. Goreng sehingga gula melekat pada keria dgn api yg sederhana.

Monday 17 October 2011

Tepung pelita murasaki imo


Dapat murasaki imo dr kawan tp xtau nak buat kuih ape.. tup2 jd lah kuih ni.
Pastu tak tau nak bg nama kuih ni ape... reka sendiri n rasa nya sedap juga.
Erm, bg nama tepung pelita murasaki imo jelah! ni bhs jepun, yg bermaksud,
Murasaki = purple
imo = ubi
murasaki imo-by google


  Bhgn bawah
Bahan;
  Agar2
  300gm Ubi keledek ungu
  secubit garam
  1 1/2 cwn gula
  600 ml air

Cara:
  1. Kupas kulit ubi kemudian rebus dgn air sehingga empuk.
  2. Setelah masak, blend sehingga hancur.
  3. Masukkan 600 ml air kedalam periuk bersama2 dgn agar-agar.
  4. Setelah agar-agar cair, masukkan gula dan ubi yg telah diblend hancur.
  5. Kacau dan masak sehingga mendidih. Tutup api.
  6. Isi ke dlm bekas kecil2.


   Bhgn atas
Bahan: 
  400ml santan (1 tin)
  400ml air (2 cwn)
  5 sb tepung beras
  1/2 sk garam

Cara:
  1. Campur ke semua bahan ke dlm periuk.
  2. Kacau rata. Tapis jika berketul.
  3. Masak di atas api yg sederhana. Kacau selalu supaya tidak berketul.
  4. Setelah menjadi likat, tutup api.
  5. Isi ke dalam bekas yg kecil tadi.
  6. Biar sejuk.

Sunday 9 October 2011

Pulut Panggang

Bahan2:
  • 1 kg beras pulut
  • 1/2 tin santan (200ml)
  • 1 sb garam
  • 1 sb gula
  • 2 cwn air panas
cara
  1. basuh beras dan rendam selama 3 jam.
  2. panaskan air dlm periuk kukusan.
  3. Tapis air dan masukkan dalam periuk kukus.
  4. Kukus sehingga naip wap. lebih kurang 15 minit.
  5. keluarkan nasi kukus masukkan ke dalam besen.
  6. Bancuh air panas bersama garam, gula dan santan.
  7. Masukkan campuran santan kedalam nasi kukus.
  8. Biar seketika dan kukus lg sekali lebih kurang 15-20 minit.

Saturday 8 October 2011

Tepung pelita

 

dah lama mencuba resipi tepung pelita yg ade kat internet, tp tak berapa nak menjadi. lepas adjust2 resipi baru lah rasa ader ummppp!

Bhgn bawah (warna hijau)
  • 1 cwn tepung beras
  • 5 cwn air
  • 3 helai daun pandan (blend dgn sedikit air)
  • 1 cwn gula
  • 3 sb air kapur yg cair
  • pewarna hijau
Bhgn atas (warna putih)
  • 1 tin santan (400ml)
  • 2 cwn air (400ml)
  • 1/2 sk garam
  • 5 sb tepung beras (membukit)
  • 1 sb tepung kanji/jagung (spare jika adunan tak jd pekat)
** sedikit gula
** bekas kecil2

Cara2:
A) Bhgn bawah.
  • mula2 masak bhgn bawah yg berwarna hijau.
  • campur kesemua bahan ke dlm periuk. jika ada tepung yg tidak larut, tapis dahulu.
  • air daun pandan handaklah ditapis dgn penapis kain utk mendapatkan hasil yg cantik.
  • masak di atas api yg sederhana sambil mengacau sehingga pekat. (jgn terlalu likat)
  • sebelum curah ke dlm bekas kecil2, masukkan 1 sudu kecil gula ke dlm bekas.
  • tuang adunan ke dlm bekas.
B) Bhgn atas.
  • campur ke semua bhn ke dlm periuk.
  • tapis adunan supaya tidak berketul.
  • masak sehingga pekat.


Thursday 6 October 2011

Gulai bawang terengganu (Gulai Kawah)

Gulai bawang atau gulai kawah ini sgt sedap di mkn dgn nasi minyak, nasi tomato atau nasi hujan panas..
Kalau di trg, ini adalah salah satu lauk utk nasi minyak kenduri kahwin.
Gulai daging lg sedap dr ayam.

Bahan;
  • 1 kg ayam @ daging
  • 1/2 cwn susu cair**
  • 1/2 cwn bawang goreng**
  • 1/2 cwn sos tomato**
  • 2 sb rempah gulai cap bunga ros**
  • 1 biji bwg besar(blend)**
  • 3 ulas bwg putih(blend)**
  • 1 inci halia(blend)**
  • sedikit belacan
  • 3 ketul gula merah or kurozato (saiz ibu jari tgn)
  • garam
  • 3 sb minyak
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • kayu manis
  • 3 cwn air
rempah gulai cap bunga ros

    cara:
    1. perap ayam dgn bhn yg bertanda ** selama 30 minit.
    2. panaskan minyak. tumis buah pelaga, cengkih dan kayu manis.
    3. masukkan bhn perap. masak dgn api perlahan. tutup periuk tersebut.
    4. setelah ayam hampir msk, tambah air, belacan, gula melaka, garam secukup rasa. jika terlalu pekat, tambah lg air.
    5. masak sehingga ayam empuk.
    6. boleh tambah kentang jika suka.

    Wednesday 5 October 2011

    Chicken Hawaian pizza

    Bahan asas roti; (30cmx30cm)
    • 200 gm tepung roti @ tepung gandum
    • 1 sudu besar gula
    • sedikit garam
    • 1 sudu kecil yis
    • 125 ml air
    • 1 sudu besar butter
    • 1 sudu besar susu tepung 


    Topping;
    • 2 ulas bawang putih-cincang**
    • Sekeping dada ayam-cincang**
    • 2 sudu besar minyak masak**
    • serbuk lada sulah**
    • garam secukup rasa
    • sos cili 
    • 2 batang sosej -potong bulat2
    • sayur campur
    • 2 kpg nanas dlm tin -potong kecil2
    • 1/4 biji bwg besar - potong slice
    • cheese
    • basil
     Cara;
    1. Campur semua bhn utk roti ke dlm bekas. Uli sehingga doh tidak melekat pd tangan.
    2. Biarkan doh sekurang2 nya 45 minit. Tutup bekas yg mengandungi doh utk mengelakkan lapisan atas menjd kering.
    3. Sementara menunggu doh kembang, tumis bwg putih dgn minyak hingga naik bau. masukkan ayam. Apabila ayam hampir masak, masukkan garam dan serbuk lada sulah. goreng sehingga air ayam kering.
    4. Setelah doh kembang, ltkkan di atas dulang pembakar dan tekan menggunakan tapak tgn hingga nipis atau mengikut ketebalan yg disukai.(30x30cm). (-Tak payah canai)
    5. Cucuk dgn garfu supaya doh tidak kembang tinggi semasa bakar.
    6. Sapu sos cili sekata.
    7. Tabur isi ayam yg telah dimasak td.
    8. Susun sosej sekata.
    9. tabur sayur campur.
    10. Tabur nanas.
    11. Tabur cheese.
    12. Tabur basil.
    13. Akhir sekali tabur bawang besar.
    14. Bakar pd suhu 180 darjah selama 30 minit.