Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, 12 July 2017

LEMANG Perantau

Bahan:
4 kg beras pulut(basuh dan rendam 3 jam)
3 liter santan kotak
Garam
gula

proses masuk beras pulut dan santan ke dalam buluh





Acara membakar lemang 2-3jam.. anda sanggup??

Juadah raya 2017.. nampak tak lemang tu, mmg terbaik rasanya

25 batang buluh Lemang Daun pisang

Friday, 27 March 2015

Takikomi gohan


  • 3 cwn beras (1 cwn = 180ml)
  • dashi konbu **
  • shitake mushroom
  • 2 sudu shouyu
  • 2 sk gula
  • 1/2 sk garam
  • sedikit ayam (boleh juga guna tako (octopus))

  • 1 btg carrot
  • 1 btg gobou
  • 1 kpg abura age
** dashi konbu
- rebus konbu bersama shiitake mushroom kering. air rebusan diguna untuk masak nasi

Thursday, 13 December 2012

Kacchi Biryani (Bangladesh)

Bahan:
1 kg daging lembu / kambing
1 kg beras
1 pek rempah biryani Ahmed
3 biji ubi kentang
4 biji bawang
Alu bakara
daun salam
4 biji cili hijau
4 biji cengkih
kulit kayu manis
1 sb pes bawang putih
1 sb pes halia
sedikit alu bakara
2 sb Air Rose

Cara:

  1. Potong daging kiub.
  2. Tos daging hingga kering air
  3. Hiris 2 biji bawang besar.
  4. Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan pes halia dan bawang putih.
  5. masukkan 1 sb rempah biryani. kacau.
  6. Masukkan daging. kacau.
  7. setelah 15 minit, masukkan daun salam, cengkih dan kayu manis.
... bersambuung!

Tuesday, 7 August 2012

Nasi ayam


*** Ayam ***
  • 1 kg ayam
  • 4 sb sos tiram
  • 4 sb kicap (cap kicap udang)
  • minyak utk menggoreng
cara:

  1. Bersihkan ayam dan rebus ayam hingga mendidih.
  2. Keluarkan ayam dan perap bersama sos tiram dan kicap.
  3. Biar 10 minit. Goreng ayam dgn minyak.
  4. Angkat setelah garing.



*** Nasi ***

  • 1/2 kg beras (3.5 cups)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang)
  • 1 cm halia
  • 1 sb minyak masak
  • 1 sb butter
  • 1 helai daun pandan
  • air rebusan ayam
cara:
  1. Panaskan minyak dan butter di dalam periuk kecil.
  2. Masukkan bawang putih. Goreng hingga kekuningan.
  3. Masukkan halia.
  4. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan tuang ke dalam rice cooker yg berisi beras yg telah dibasuh.
  6. Masukkan daun pandan.
  7. Tekan butang ON. tunggu hingga nasi masak.

*** Sup Ayam***

  • Air rebusan ayam
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • garam secukup rasa
  • daun sup - dihiris halus
cara:
  1. Panaskan air rebusan ayam.
  2. Masukkan bhn tumbuk.
  3. Masukkan garam secukup rasa
  4. Biarkan sup mendidih selama 10 minit.
  5. Tutup api dan masukkan daun sup.

*** Sambal cili ***
  • 5 biji cili besar
  • 10 biji cili kecil
  • 1 hiris halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sb cuka
  • sedikit sup ayam
  • 1/2 garam
  • 1sk gula
cara:
  1. blend semua bhn.
  2. Rasa dan tambah gula dan garam secukup rasa jika tidak cukup.

***sambal kicap kaw-kaw***
  • 1/2 cawan kicap manis kipas udang
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2-3 sb lada hitam - ditumbuk
cara:
  1. Campur kesemua bhn diatas. gaul rata.

Lain2 bahan:
  • salad
  • timun
  • tomato


Tips:
  1. Utk memendekkan masa memasak nasi ayam, mula2 rebus ayam. Sementara menunggu mendidih, sediakan bhn utk masak nasi. Sediakan sambal cili. Apabila rebusan ayam sudah mendidih, keluarkan ayam dan ambil sup utk nasi. selebihnya dibuat sup. Masak nasi dan perap ayam. sediakan salad sementara bhn perap mesra. goreng ayam

Sunday, 10 June 2012

Biryani Kambing


Masakan paling simple. hehehe.. sgt senang utk dimasak! Silalah mencuba dan menjamu selera...

Kambing masak biryani

Bahan;

  • 2kg kambing with bone (jenis apa2 pon ok)
  • 1 pek rempah biryani Ahmed
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • segenggam bwg goreng (jika tiada goreng sebiji bawang besar yg dihiris nipis dgn minyak yg banyak)
  • mintak utk menumis
Rempah biryani

Cara:
  1. Blend bwg besar, bwg putih dan halia
  2. Tumis dgn minyak hingga naik bau. tidak perlu sampai garing.
  3. Masukkan rempah biryani Ahmed. Keluarkan 2-3 biji buah asam yg ada dlm rempah tersebut utk elak terlampau masam.
  4. Masukkan sedikit air. kacau dan masak sebentar.
  5. masukkan daging kambing
  6. masak hingga empuk dgn apii perlahan.
  7. boleh tambah air jika mahu kuah yg banyak.
  8. sukatan bawang besar juga bole ditambah jika mahu kuah yg pekat.

Tips:
  1. Rempah biryani Ahmed sudah cukup perasa. tidak perlu tambah garam. jika mahu sedikit manis, boleh tambah gula.
  2. jika guna mutton gotka (bhgn kaki), masak dlam pressure cooker selama 30 minit supaya daging cepat empuk.

Wednesday, 2 May 2012

Nasi Lemak

Nasi Lemak
**  Nasi  **

Bahan:
  • 4 pot beras (1 pot = 180ml)
  • 200 ml santan
  • 1 sk garam
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 cm halia
  • 1 helai daun pandan
  • air secukupnya
 Cara:
  1. Basuh beras.
  2. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk berisi beras.
  3. Masak nasi. 



** Sambal Bilis **

Bahan:
  • 1 cawan ikan bilis (dibersih dan digoreng)

Thursday, 3 November 2011

Yaki Onigiri

Yaki Onigiri
Bahan:
  • 2 cawan nasi jepun
  • 2 sb shouyu (kicap jepun)
  • 2 sk minyak bijan
  • 1 sk bijan
  • Seaweed (10x3cm)
Cara:
  1. Campurkan shouyu dgn minyak bijan. Masukkan 3/4 ke dalam nasi jepun.
  2. Masukkan bijan dan gaul sekata. Jika suka masin, lebihkan kicap jepun.
  3. Masukkan nasi ke dlm acuan onigiri, jika tiada, bentukkan dgn tangan.
  4. Goreng dalam kuali leper. Sapu permukaan onigiri dgn lebihan campuran minyak bijan dan shouyu. 
  5. Goreng sehingga kekuningan.
  6. Ambik sekeping seaweed dan balut onigiri yg telah masak.
  7. Siap utk dimkn!

Wednesday, 11 May 2011

Nasi Dagang Terengganu

minami133@myresipi.com
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • **NASI resipi (1)**
  • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • 1/2 tin santan (200ml)
  • 50 ml santan + 3 cawan air panas
  • garam dan gula
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia (hiris halus2)
  •  
    • **NASI resipi (2)** recommended
    • 1/2 kg beras jasmeen (3 1/2 pot (sukatan pot jepun)
    • 150 ml santan dlm tin
    • 50 ml santan + 2 1/2 pot air panas
    • 1 sk garam
    • 1 sb gula
    • 1/4 biji bawang hiris, 1 cm halia hiris dan 1 sb halba
    Cara:
    1. Rendam beras jasmeen sekurang2 nya 2 jam.
    2. Sediakan bawang dan halia hiris. Rendam halba dalam air panas.
    3. Panaskan air utk mengukus nasi.
    4. Isi beras ke dlm periuk pengukus setelah air mendidih.
    5. Masak nasi lebih kurang 10 minit. Angkat selepas nasi naik wap 2-3 minit.
    6. Sementara menunggu nasi naik wap, sediakan santan cair. bancuhan 50ml santan dan 2 1/2 pot air. panaskan dlm wicrowave. Campurkan garam.
    7. Angkat nasi dan pindah ke dlm bekas. Gaul dgn bancuhan santan cair.
    8. Biar seketika atau sehingga air habis diserap.
    9. Isi nasi ke dlm periuk pengukus.
    10. Masak selama 10-15 minit.
    11. Keluarkan nasi dan gaul dgn santan pekat dan gula. jika santan berketul, panaskan dgn microwave terlebih dahulu.
    12. Tos halba dan masukkan bersama bhn hiris ke dlm nasi. Gaul rata. Siap.

        • **GULAI IKAN TONGKOL**
        • 1 1/2 tin santan (600 ml)
        • 1 biji bawang besar (saiz L)
        • 3 ulas bawang putih
        • 2 cm halia
        • 4 cm lengkuas
        • 15-20 tangkai cili kering
        • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
        • 10 keping asam keping
        • garam 
        • kurozato (tambah gula jika kurang manis)
        • 5-6 biji cili padi
        • 1 ekor ikan tongkol @ 2 pek katsuo tataki
        • 1 cm belacan
        • air
        Cara
        1. Kukus ikan bersama 6 keping asam keping, 2 sb garam dan air kira-kira 30 minit.
        2. Didihkan santan bersama 2 cwn air. Kacau sekali sekala.
        3. Sementara santan mendidih, blend bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas.
        4. Masukkan gula melaka atau kurozato dan 1 sb rempah.
        5. Masukkan bhn blend ke dlam santan setelah santan mendidih lebih kurang 15 minit.
        6. Blend cili kering bersama belacan.
        7. Tumis cili sehingga pecah minyak. masukkan 1 sb rempah. tumis sebentar.
        8. Masukkan ke dlm santan. Kacau dan masak dgn api yg perlahan.
        9. Masukkan 4 keping asam keping dan cili padi.
        10. Masukkan ikan dan juga air kukus ikan.
        11. Tunggu sehingga mendidih. Gulai ini ambik masa selama 1 jam lebih. Jika terlebih pekat, boleh tambah air. Rasa, kemudian tambah garam dan gula secukup rasa.
        ** Gulai nasi dagang lebih sedap jika dimasak awal 1 hari sblm makan.
          • **ACAR**
          • 2 batang timun
          • 1 batang lobak merah
          • 1/2 biji bawang besar
          • 1 biji lada besar
          • cuka, garam, gula 
          Cara:
          1. Timun dan lobak dihiris panjang2. 
          2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. 
          3. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

            nasi dagang beras jasmeen

              Nasi Goreng USA


              ** Daging Masak Merah**

              Bahan-bahan;
              400 gm daging (direbus besar-besar)
              3 ulas bawang putih-
              ditumbuk
              1/4 biji bawang besar-
              ditumbuk
              1 hiris halia
              1 biji tomato-
              dipotong kiub
              8 biji cili padi
              1 batang lobak merah
              2 sb sos tomato
              4 sb sos cili
              1 sb gula
              1 sk garam
              air rebusan daging
              pewarna merah
              minyak


              Cara-cara;
              1. Rebus daging kira-kira 30 minit. Angkat dan toskan.
              2. Hiris daging nipis-nipis. Kemudian gaulkan dgn pewarna merah.
              3. Goreng daging separa masak sehingga habis.
              4. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan dgn menggunakan minyak yg telah digoreng daging.
              5. Masukkan tomato dan cili hiris. Goreng sebentar sehingga air tomato kering.
              6. Masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan garam dan gula.
              7. Kemudian masukkan daging yg telah digoreng tadi dan juga lobak. Kacau sebati.
              8. Masukkan air rebusan daging mengikut citarasa masing-masing.



              ** Nasi Goreng**(utk 3-4 org)

              Bahan-bahan;
              4 cawan nasi
              2 ulas bawang putih-ditumbuk
              1/4 biji bawang besar-ditumbuk
              sehiris halia
              2 sb cili mesin
              2 sb besar sos cili
              1 sb besar sos tiram
              1 senduk air daging
              1 sk garam
              sedikit gula
              sayur campur
              1/2 telur
              2 sb minyak

              Cara-cara;
              1. Masukkan minyak ke dalam kuali.
              2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili mesin sehingga naik bau or sedikit garing.
              3. Masukkan halia dan sayur campur.
              4. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan garam. Masukkan telur. Kacau sebati.
              5. Masukkan air rebusan daging. Bila dah mendidih, masukkan nasi. Kacau sebati.
              6. Jika kurang masin, tambahkan garam lagi. Kacau sebati.

              ********************************