Showing posts with label Biskut dan Tart. Show all posts
Showing posts with label Biskut dan Tart. Show all posts

Sunday, 9 September 2012

Biskut Mama Carries


Dr Myresipi


Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin (hokkaido butter lebih sedap dr butter yg biasa)
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.


Resipi dr myresipi, mmg sedap! sila cube supaya dpt kongsi keenakan nyer.. 

Saturday, 2 July 2011

Chocolate chip cookies


Bahan-bahan ( 100 biji )
  • 350g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 250g butter
  • 115g gula halus
  • 100g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 35g badam cincang
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking powder yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi. Kalau adunan lembik, tambah tepung jagung.
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15 minit. (bergantung pd oven masing2)

** guna butter yang 100%. Cth; Hokkaido butter etc 

Sumber asal dr Myresipi.com tetapi telah diubahsuai oleh minami133 mengikut tekak minami133.. hehe... alhamdulillah, sedap!