Showing posts with label Mee dan Laksa. Show all posts
Showing posts with label Mee dan Laksa. Show all posts

Monday, 15 February 2016

Cuanki

Cuanki ialah sejenis makanan indonesia yang lebih kurang sama seperti bakso. bakso diperbuat drpd daging manakala cuanki diperbuat dprd campuran ikan. sup cuanki juga adalah sama seperti bakso.
cuanki
CUANKI

Step 1
  • 2 cwn isi ikan tenggiri (isi ikan tenggiri warna putih dan agak pejal. mungkin boleh try guna ikan selain tenggiri)
  • 10-15 ekor udang (setgh cwn)
  • 200gm isi ayam
  • 1/2 cwn daging cincang (☆optional)
Kisar semua bahan2 di atas hingga halus.



Step 2
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk garam atau secukupnya
  • 1 sk serbuk pati ayam atau lembu
  • 1 biji telur saiz M
  • 6 ulas bwg putih ditumbuk halus
  • 125-150gm tepung tapioca
  • 200ml air sejuk (boleh campur ais) atau secukupnya
Masukkan kesemua bahan kecuali tepung tapioca dan air sejuk ke dlm adunan Step 1. gaul rata dgn tgn. setelah rata, masukkan tepung tapioca. masukkan air sejuk. gaul. adunan hendak lah tidak terlalu lembik atau keras. jika kurang air, tambahkan lagi.

Setelah digaul rata, kisar semula bhn2 tersebut dgn food processor.


Step 3
cara buat kulit pangsit/gyouza/dumpling skin
  • 200gm tepung gandum
  • 50gm butter
  • sedikit garam dan serbuk pati ayam atau lembu
  • air panas
gaul tepung bersama butter. larutkan garam dan serbuk pati ke dalam air panas. masukkan bancuhan ke dalam adunan tepung. uli sehingga tepung tak melekat pada tangan.

canai nipis adunan dan potong petak2 mengikut saiz kesukaan masing2.
ambil 1/3 adunan dr Step2. bungkus seperti dlm gambar sehingga abis. goreng sehingga perang.


Step 4
  • panaskan air di dalam periuk. apabila air sudah mendidih padam kan api. bulat2 kan 1/3 adunan Step 2. cara buat bebola boleh rujuk di youtube. setelah siap, hidupkan api. masak sehingga bebola timbul. angkat.
  • jika mahu digoreng, panaskan minyak dan bulat2kan. goreng. (tak perlu rebus terlebih dahulu. rasa cuanki goreng lagi sedap drpd yang direbus.)
  • lagi 1/3 adunan Step 2 boleh di isi ke dalam tauhu kering atau kulit tauhu. setelah di isi, bolehlah digoreng atau direbus bersama bebola cuanki.



SUP
  • air rebusan daging atau ayam
  • 2 keping halia
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/4 biji bwg besar
  • 2 sk garam
  • 1 sk serbuk pati ayam atau lembu
  • 1/2 serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
cara
  1. masukkan air rebusan daging atau ayam.sukk masukkan air sehingga sup menjadi 2 liter.
  2. masukkan halia. panaskan sup.
  3. tumbuk garam, bawang putih dan bawang besar
  4. tumis bahan2 tumbuk. masukkan lada sulah.
  5. setelah kekuningan, masukkan ke dlm sup.
  6. masukkan serbuk pati ayam atau lembu
  7. masak hingga mendidih.
  8. tambah garam atau apa2 bahan yang agak2 terkurang.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
  • sawi (dicelur)
  • daun bawang (dihiris halus)
  • telur rebus (☆optional)
  • kecap manis ABC
  • sos cili ABC or sos cili cap belibis (indonesian brand)
  • dan lain2 bahan kesukaan masing2



Sekian, selamat membikin cuanki!!!

Sunday, 24 June 2012

Mee bakso

mee bakso
Bahan2:

1) Bakso (Meatball)

  • 1 kg ayam momo (dikisar dgn food processor)
  • 1 biji telur
  • 125gm tpg kanji (katakuriko)
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 2 sk garam
  • 2 sk katsuo dashi or chicken stok
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bwg putih - dikisar
Cara:
  1. Gaul semua bahan hingga rata.
  2. Rebus air.
  3. bulat2kan dgn jari then masuk dlm air rebus.

2) Sup
  • kulit ayam atau tulang ayam - direbus
  • 1.5 biji bawang besar - blend
  • 4 ulas bawang putih - blend
  • garam
  • katsuo dashi or chicken stok
  • minyak
cara
  1. masukkan bhn2 utk sup ke dalam air rebusan bakso.
  2. perasakan dgm garam

3) Others

bahan:
  • mee
  • sawi
  • taugeh
  • sos cili ABC
  • kicap ABC
cara;
  • celur bahan2 di atas...





Mee Ayam Indonesia

mee ayam

ingredients:


  • 1 kg chicken boneless - direbus dan dipotong kecil2
  • mushroom kering
  • mee kuning
  • sawi
  • kulit gyouza @ wantan
  • chili sauce with garlic
  • kicap manis ABC
  • minyak utk menggoreng

seasoning:
  • 6-8 ulas bawang putih -dicincang or tumbuk
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • ginger
  • 2 sb sesame oil
  • 4 sb sos tomato
  • 4 sb oyster sauce
  • 2 sb serbuk ketumbar
  • 1 sk white pepper
  • nutmeg
  • garam
  • katsuo dashi or chicken stock
how to cook:
  1. goreng kulit gyouza
  2. rebus mee, sawi
  3. Tumis bawang besar n bawang putih hingga kekuningan.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram.
  5. masukkan bhn2 lain. 
  6. Masukkan ayam n bla3x...

Sos cili ABC n Kicap ABC

Saturday, 14 April 2012

Laksa Penang

Bahan:
1/2 kg ikan kembung(dikukus dgn garam)
2 biji bawang besar (diblend)
4 ulas bawang putih(diblend)
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
2 sb petis udang
2 sb garam
5 keping asam keping
2 sb serbuk cili
minyak utk menumis
2 liter air

Cara:
1. Blend bawang besar dan bawang putih. tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serai dan serbuk cili.
2. Blend isi ikan yg telah dikukus bersama air kukus ikan. Campur air jika tidak hancur.
3. Masukkan ke dalam periuk yg berisi bhn tumis.
4. Masukkan air dan bhn2 lain.
5. masak hingga mendidih dgn api yg sederhana.

Monday, 19 December 2011

Murtabak Maggi

Bahan;
  • 2 peket maggi kari
  • 1 bungkus perencah maggi kari
  • 1/4 biji bawang besar (saiz L)
  • 3 biji telur (saiz L) @ 4 biji telur saiz S
  • sedikit minyak
Cara:
  1. Celur mee maggi hingga lembut.
  2. Toskan air. Gaulkan dgn perencah maggi kari.
  3. PEcahkan telur dan kacau. Masukkan bawang cincang. Kacau.
  4. Masukkan mee yg telah digaul dgn perencah kari ke dlm bekas yg mengandungi telur.
  5. Goreng di atas kuali dgn sedikit minyak hingga garing.
  6. Ulang sehingga habis.

Sunday, 3 July 2011

Soba

 Bahan (utk 2 org)
  •  200gm soba segera (2 ikat)
  • 1 peket perencah soba shimaya
  • daun bawang (dihiris)
  • wasabi
  • air
instant soba
perencah soba brand shimaya
Cara:
  1. Rebus soba dengan air yg byk kira-kira 10 minit.
  2. Setelah soba lembut, tapis air dan alirkan dgn air sejuk.
  3. Tos sehingga air kering
  4. Bancuh 1 peket perencah soba dgn air panas sebyk 200ml sehingga serbuk tersebut larut.
  5. Sedia utk dimkn bersama daun bawang dan wasabi.

Saturday, 2 July 2011

Mee Jawa Sarawak


by Siti Kudnie

Bahan-bahan A
1kg mee kuning (celur)
1 mangkuk taugeh (celur)
2 keping tauhu goring (hiris kecil2)
5 biji telur (rebus & potong 2)
1 ikat sawi (rebus & potong kecil2)
bawang goreng
cili jeruk


Bahan-bahan B (kuah)
1 1/2 ulas bawang putih
1/4 bawang besar
1/2 cawan udang kering (direndam)
4 sb besar rempah kari
2 biji keledek (400gm)
2 cm halia
1 bunga lawang
2 cengkih
5 cm kayu manis
minyak utk menumis
gula
garam
air
4 s/b tepung gandum (dibancuh dgn air)
ajinomoto (optional)
fish ball & fish cake (optional)

Cara-cara
1.         Rebus daging sehingga empuk bersama 1/2 biji bawang putih dan 2 cm halia utk menghilangkan bau daging.
2.         Rebus ubi keledek yg telah dikupas kulit sehingga empuk.
3.         Kisar bawang besar, 1 ulas bawang putih dan udang kering sehingga hancur. Tumis dgn menggunakan sedikit minyak.
4.         Setelah bhn tumis naik bau, masuk rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air. Tumis sehingga garing.
5.         Kisar ubi keledak sehingga hancur dgn menggunakan air rebusan ubi keledek. Masukkan ke dalam bhn tumis.
6.         Masukkan air daging. Daging dihiris nipis-nipis. Sediakan berasingan dgn kuah. Boleh juga dimasukkan bersama kuah.
7.         Masak sehingga mendidih.
8.         Masukkan garam, gula & ajinomoto. Kuah lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
9.         Masukkan air bancuhan tepung sambil tapis utk mengelakkan tepung berketul2. Jika kuah tidak pekat, tambahkan air bancuhan tepung lagi.
10.     Potong fish ball & fish cake. MAsukkan ke dlm kuah.
11.     Rasa dan tambahkan perasa yg perlu sehingga berasa sedap utk dimakan. Masak sehingga mendidih.