Monday 30 January 2012

Homemade Chicken Nugget

Nugget
Resipi dr myresipi tp telah diubah mengikut sukatan dan citarasa saya.. Mmg sedap giler resipi nih.. leh lawan nugget yg jual kat kedai kot.. hehehe...

Bahan:
  • 300gm ayam mince
  • 1 cwn hampas kacang soya (tambah air jika terlalu kering)
  • 1 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 cm batang celeri (jika ada) - dihiris
  • 1 biji telur - utk coating
  • 2 cawan plain cornflakes - dikisar halus utk coating
  • minyak utk menggoreng
Cara:
  1. Tumbuk bawang putih dan batang celeri.
  2. Gaul ke semua bahan di atas. Jika kurang garam, tambah secukup rasa.
  3. Bentukkan nugget.
  4. Pukul telur.
  5. Masukkan cornflakes yg telah dikisar ke dalam plastik.
  6. Ambil seketul nugget dan masukkan ke dalam telur. kemudian masukkan ke dalam plastik utk coating. Ulang sehingga habis.
  7. Goreng nugget sehingga kekuningan. Siap!
 


**cara menyediakan hampas kacang soya
  1. rendam kacang soya hingga kembang.
  2. blend kacang soya dgn air.
  3. tapis air kacang soya dgn penapis kain teh tarik.
  4. masukkan hampas kacang soya dan air. blend lg sekali.
  5. boleh ulang blend kacang soya yg sama 3 kali.
  6. Akhir sekali perah hampas kacang soya utk kurangkan air dlm hampas tersebut.
  7. Airkacang soya dimasak hingga mendidih dan dicampur gula. jadilah air kacang soya!
  8. Hampas tersebut bolehlah dibuat nugget atau jemput2.

    Tuesday 24 January 2012

    Gulai Tempoyak

    gulai tempoyak
    Gulai tempoyak mmg senonim dgn ikan patin. tapi kat sini mana nak cari ikan patin. so boleh tukar ikan lain, contohnya ikan saba, sagoshi atau buri. kalo buri tu dapat bahagian kepala dan bahagian perut mmg best sbb kawasan nih byk lemak. Aaaa... terubat rindu nak makan patin gulai tempoyak! Nih menu wajib makan kalo blk msia.. hehehe..

    Bahan;
    • 1 ekor ikan saiz sederhana(35 cm)
    • 2 sb tempoyak
    • 1 sk serbuk kunyit
    • 4 ulas bawang putih
    • 10-15 biji cipi padi
    • 3 keping asam keping
    • garam
    • daun kesum
    • 1 bunga kantan
    • 1.5 liter air
    Cara:
    1. Bersih ikan dan potong mengikut saiz yg disukai. Masukkan air.
    2. Blend tempoyak dgn bawang putih, kunyit dan cili.
    3. Masukkan ke dalam periuk berisi ikan.
    4. Masukkan semua bahan di atas.
    5. Masak dgn api yg sederhana sehingga mendidih.

    Monday 16 January 2012

    Ayam Goreng Kicap Berempah


    SEDAP!SEDAP!sedap!!!!....

    Bahan:
    • 1 ekor ayam (1.2kg)
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 biji bwg besar (saiz L)
    • 1 cm halia
    • 1/2 sk garam
    • 1 sk jintan putih
    • 1 sk jintan manis
    • kicap manis kipas udang
    • sos tiram
    Cara;
    1. Potong ayam kepada 10 bahagian. Bersih dan basuh ayam. Sejat.
    2. Tumbuk bwg putih, halia dan bawang besar.
    3. Tumbuk jintan manis dan jintan putih.
    4. Gaul bahan tumbuk dgn ayam. Masukkan garam. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
    5. Kukus ayam selama 20 minit. Air kukusan ayam boleh diguna utk buat nasi ayam.
    6. Angkat dan gaul dgn kicap dan sos tiram.
    7. Biar selama 30 minit.
    8. Goreng ayam hingga garing.

      Sunday 15 January 2012

      Apam Balik

      Apam balik
      Bahan:
      • 200gm tepung pancake
      • 150ml fresh milk
      • 1 biji telur saiz M
      • segenggam kacang tanah goreng (ditumbuk)
      • gula
      • cream corn
      Cara:
      1. Pecahkan telur. Pukul sehingga agak2 kembang (3-4 minit) dgn pemukul telur.
      2. Masukkan fresh milk dan pukul lagi.
      3. Masukkan tepung pancake.
      4. Sediakan kuali (non-stick pan). Gris sahaja minyak pada kuali. Guna api yg perlahan sahaja.
      5. Setelah kuali panas, ambik 1 senduk bancuhan tepung dan leperkan ke dlm kuali. Jangan tebal sangat, nanti lambat masak.
      6. Tabur kacang tanah, gula dan jagung.
      7. Setelah masak, lipat dua. Siap!