Showing posts with label Sambal dan Sos. Show all posts
Showing posts with label Sambal dan Sos. Show all posts

Sunday, 9 February 2014

Sambal terasi


Bahan2:
10-15 biji cili
1 biji tomato (besar) - dipotong2
8 ulas bwg putih -dikupas kulit
1/4 biji bwg besar - dihiris
2 cm belacan (terasi) - brand mamasuka
2 cm gula merah
1 sk garam
Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Masuk ke semua bhn kecuali gula merah dan garam.
3. Goreng hingga sedikit garing. Masukkan gula merah.
4. Setelah gula merah sebati tutup api.
5. masukkan ke dalam bekas. Masukkan garam. Penyetkan semua bahan.
6. Sedia dimakan.

Monday, 28 November 2011

Kuah rojak ayam

Bahan:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sb minyak
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sb udang kering
  • 200 gm kacang tanah
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 keping gula melaka(saiz kecil) or kurozato
  • gula (jika gula melaka x cukup)
  • 2 sk garam
  • 1 keping asam keping
  • air secukupnya
Cara:
  1. Goreng cili kering dgn minyak sehingga agak2 garing. sentiasa kacau semasa menggoreng kerana cili kering mudah hangus.
  2. Blend cili kering, bwg besar, bwg putih, lengkuas, udang kering dgn air sehingga hancur. Masukkan ke dalam periuk Panaskan.
  3. Blend kacang tanah bersama air sehingga hancur. MAsukkan ke dlm periuk.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan asam keping.
  6. MAsak sehingga mendidih atau pecah minyak. Tambah air jika terlalu pekat.

Monday, 7 November 2011

Kuah Kacang with chicken


Bahan;
  • 300 gm kacang tanah
  • 250 gm ayam @ tulang ayam (jika buat sate, gune shj tulang ayam)
  • 4 ulas bawang merah @ 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 btg serai
  • 1 kpg asam keping
  • 50 gm gula melaka @ kurozato
  • 1/2 cwn gula
  • 1 sb garam
  • 2 sb lada lumat ( boleh tambah jika suka pedas)
  • secubit belacan
  • minyak utk menumis
  • air
Cara;
  1. Tumis lada lumat dgn minyak sehingga pecah minyak..
  2. Sementara tunggu pecah minyak, blend bwg merah, bwg putih, halia dan lengkuas dgn sedikit air.
  3. Masukkan bhn blend setelah pecah minyak.
  4. Masukkan belacan dan asam keping.
  5. Tumis sehingga naik bau.
  6. Blend kacang tanah sehingga hancur. JIka guna kacang yg mentah, goreng dan buang kulit terlebih dahulu. (kacang boleh diblend kering atau blend bersama air)
  7. Masukkan ke dlm periuk yg mengandungi bhn tumis. Masukkan serai dan air secukup nya.
  8. Masak dgn api yg kecil.
  9. Masukkan ayam, gula melaka, garam dan gula.
  10. Masak sehingga kuah kacang itu pecah minyak.

Thursday, 23 June 2011

Blackpepper sauce with mushroom

Bahan
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sk butter
  • cendawan (apa2 jenis pon ok)
  • 1 cwn air
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb kicap pekat (kalau xde lebihkan kicap manis)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • garam secukup rasa
Cara
  1. Tumis bawang bersama butter hingga kekuningan. Masukkan cendawan. Goreng seketika.
  2. Masukkan air dan kicap. 
  3. masukkan kesemua jenis sos, serbuk lada hitam dan kiub ayam
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung. Tapis supaya ia tidak berketul-ketul.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
Senang ajer buat... rasa pon sedap. sy kasik 4 bintang utk resipi sy ini...

Wednesday, 11 May 2011

Kuah Yong Tau Foo

minami133@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. P1000911
    masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.