Monday 30 April 2012

Pisang Goreng


Ni ada resipi pisang goreng especially kat sesapa yg dok nihon ni mesti rindu nak makan pisang goreng.. mesti ade yg tertanya2 guna pisang apa sesuai dan camne nak goreng sbb kalo silap cara mmg pisang ni serap minyak. saya kongsi cara membuat pisang goreng di siini..

bahan:
  • pisang yg kurang masak
  • 3 sb tepung gandum 
  • 200gm tepung beras
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 garam
  • 1/2 biji telur saiz M
  • sedikit kapur
  • air secukupnya
  • minyak utk menggoreng
cth pisang yg sy guna
cara:
  1. Potong pisang serong2. Gaul dgn tepung gandum.
  2. Bancuh tepung beras, serbuk kunyit, garam, telur dan kapur dgn air. Bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  3. Panaskan minyak dlm kuali.
  4. setelah minyak panas, ambik seketul pisang dan celup dalam bancuhan tepung
  5. ulang langkah 4.
  6. jangan masukkan pisang ke dlm kuali dgn jumlah yg byk utk sekali goreng. masukkan dalam 4-5 ketul sahaja utk mendapatkan hasil yg cantek!

Tips:
  1. jangan guna pisang yg telah masak. nanti air dr pisang keluar semasa tgh menggoreng. minyak akan jadi kotor dan meletup2.


Saturday 14 April 2012

Laksa Penang

Bahan:
1/2 kg ikan kembung(dikukus dgn garam)
2 biji bawang besar (diblend)
4 ulas bawang putih(diblend)
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
2 sb petis udang
2 sb garam
5 keping asam keping
2 sb serbuk cili
minyak utk menumis
2 liter air

Cara:
1. Blend bawang besar dan bawang putih. tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serai dan serbuk cili.
2. Blend isi ikan yg telah dikukus bersama air kukus ikan. Campur air jika tidak hancur.
3. Masukkan ke dalam periuk yg berisi bhn tumis.
4. Masukkan air dan bhn2 lain.
5. masak hingga mendidih dgn api yg sederhana.