Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Sunday, 20 September 2015

Daging masak kicap sedap

  • 400gm daging
  • 1 biji bawang besar (saiz bola tenis)
  • 3 ulas bawang putih
  • sekeping halia
  • 3 sb minyak masak
  • kicap manis kipas udang
  • 1/2 sk rempah kurma
  • 1/2 sk garam
  • 3cm kulit kayu manis, 3 buah pelaga dan 3 bunga cengkih
Cara:
  1.  Potong daging dan bersihkan. Rebus hingga hampir empuk.
  2. Blend/Tumbuk bawang besar dan bawang putih. Masukkan ke dalam rebusan daging. Masukkan juga halia.
  3. Apabila air hampir kering, masukkan minyak.
  4. Masukkan kicap, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan juga rempah kurma.
  5. Masak hingga pekat atau daging menjadi empuk.

Thursday, 30 July 2015

Daging masak merah style mok

  • 300gm daging
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bwg putih
  • 2 sb gula
  • 1 sk garam
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • minyak
  • 1 btg serai

cara
  1. rebus daging hampir kering air.
  2. masukkan bhn blend
  3. bila hampir kering masukkan minyak dan serai
  4. masukkan bhn2 lain

Monday, 29 June 2015

SUP EKOR


semlm masak sup ekor tp guna perencah soto betawi. sedap juga.. tapi sy x ltk santan. lenkali bole beli lg perencah soto betawi.

1 kg ekor
1 peket perencah sop betawi
1 sk garam
air
ubi kentang
lobak merah
batang saderi

cara:
1. rebus ekor dgn pressure cooker 30minit
2. buang air rebusan yg ada lemak
3. tambah air
4. rebus lg dan masukkan bhn2 lain

Tuesday, 24 February 2015

Rendang Daging Mertuaku

rendang daging

Rendang daging favorite hadiff. resepi oleh mak mertua. tqvm!

  • 1 kg daging (direbus hampir empuk)
  • 1 biji bawang besar (blend)
  • 4 ulas bawang putih  (blend)
  • 2 cm halia   (blend)
  • 2 cm lengkuas   (blend)
  • 200ml santan pekat
  • 1 sb kerisik
  • 2 sk rempah kurma adabi
  • minyak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Sunday, 28 September 2014

Daging bakar


  • 500gm daging
  • kicap manis kipas udang
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb minyak bijan
  • serbuk lada hitam
  • 1 biji bwg putih -diparut
  • 1 cm halia -diparut

Tuesday, 24 July 2012

Burger Bakar

Bahan:
  • 300gm daging mince
  • 1/2 batang carrot (cincang halus)
  • kobis (cincang halus)
  • 1/4 bawang besar(cincang halus)
  • 1 biji telur
  • serbuk lada sulah
  • garam
  • 1/2 sk katsuo dashi

Sunday, 10 June 2012

Biryani Kambing


Masakan paling simple. hehehe.. sgt senang utk dimasak! Silalah mencuba dan menjamu selera...

Kambing masak biryani

Bahan;

  • 2kg kambing with bone (jenis apa2 pon ok)
  • 1 pek rempah biryani Ahmed
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • segenggam bwg goreng (jika tiada goreng sebiji bawang besar yg dihiris nipis dgn minyak yg banyak)
  • mintak utk menumis
Rempah biryani

Cara:
  1. Blend bwg besar, bwg putih dan halia
  2. Tumis dgn minyak hingga naik bau. tidak perlu sampai garing.
  3. Masukkan rempah biryani Ahmed. Keluarkan 2-3 biji buah asam yg ada dlm rempah tersebut utk elak terlampau masam.
  4. Masukkan sedikit air. kacau dan masak sebentar.
  5. masukkan daging kambing
  6. masak hingga empuk dgn apii perlahan.
  7. boleh tambah air jika mahu kuah yg banyak.
  8. sukatan bawang besar juga bole ditambah jika mahu kuah yg pekat.

Tips:
  1. Rempah biryani Ahmed sudah cukup perasa. tidak perlu tambah garam. jika mahu sedikit manis, boleh tambah gula.
  2. jika guna mutton gotka (bhgn kaki), masak dlam pressure cooker selama 30 minit supaya daging cepat empuk.

Thursday, 6 October 2011

Gulai bawang terengganu (Gulai Kawah)

Gulai bawang atau gulai kawah ini sgt sedap di mkn dgn nasi minyak, nasi tomato atau nasi hujan panas..
Kalau di trg, ini adalah salah satu lauk utk nasi minyak kenduri kahwin.
Gulai daging lg sedap dr ayam.

Bahan;
  • 1 kg ayam @ daging
  • 1/2 cwn susu cair**
  • 1/2 cwn bawang goreng**
  • 1/2 cwn sos tomato**
  • 2 sb rempah gulai cap bunga ros**
  • 1 biji bwg besar(blend)**
  • 3 ulas bwg putih(blend)**
  • 1 inci halia(blend)**
  • sedikit belacan
  • 3 ketul gula merah or kurozato (saiz ibu jari tgn)
  • garam
  • 3 sb minyak
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • kayu manis
  • 3 cwn air
rempah gulai cap bunga ros

    cara:
    1. perap ayam dgn bhn yg bertanda ** selama 30 minit.
    2. panaskan minyak. tumis buah pelaga, cengkih dan kayu manis.
    3. masukkan bhn perap. masak dgn api perlahan. tutup periuk tersebut.
    4. setelah ayam hampir msk, tambah air, belacan, gula melaka, garam secukup rasa. jika terlalu pekat, tambah lg air.
    5. masak sehingga ayam empuk.
    6. boleh tambah kentang jika suka.

    Wednesday, 6 July 2011

    Niku Jyaga


    Niku maksud nyer daging, jyaga maksudnya kentang.. jadilah daging kentang dlm bm... resipi nih mmg favorite org jepun... tak tau lah rasa sebenar niku jyaga nih, tp alhamdulillah resipi nih rasenya cukup sedap...

    Bahan: utk 3 org

    • 250gm daging
    • 2 biji kentang
    • 3 sudu minyak masak
    • 1 sk perencah soba (dibancuh dgn 150 ml air)
    • serbuk shio koshou
    • daun bawang (dihirid kecil2)
    Cara:
    1. Potong daging nipis-nipis.
    2. Basuh kemudian masukkan ke dalam kuali.
    3. Apabila air daging hampir kering, masukkan kentang.
    4. Masukkan minyak setelah air daging kering. Masukkan serbuk shio koshou.
    5. Goreng sehingga daging empuk lebih kurang 5-10 minit.
    6. Masukkan bancuhan perencah soba.
    7. Masak sehingga air sedikit kering. 
    8. Pastikan kentang sudah lembut sblm tutup api. Jika kentang dan daging tak lembut lg, tambahkan air lg.
    9. Tutup api dan taburkan daun bawang. Kacau sekata.