Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Monday, 15 February 2016

Cuanki

Cuanki ialah sejenis makanan indonesia yang lebih kurang sama seperti bakso. bakso diperbuat drpd daging manakala cuanki diperbuat dprd campuran ikan. sup cuanki juga adalah sama seperti bakso.
cuanki
CUANKI

Step 1
  • 2 cwn isi ikan tenggiri (isi ikan tenggiri warna putih dan agak pejal. mungkin boleh try guna ikan selain tenggiri)
  • 10-15 ekor udang (setgh cwn)
  • 200gm isi ayam
  • 1/2 cwn daging cincang (☆optional)
Kisar semua bahan2 di atas hingga halus.



Step 2
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk garam atau secukupnya
  • 1 sk serbuk pati ayam atau lembu
  • 1 biji telur saiz M
  • 6 ulas bwg putih ditumbuk halus
  • 125-150gm tepung tapioca
  • 200ml air sejuk (boleh campur ais) atau secukupnya
Masukkan kesemua bahan kecuali tepung tapioca dan air sejuk ke dlm adunan Step 1. gaul rata dgn tgn. setelah rata, masukkan tepung tapioca. masukkan air sejuk. gaul. adunan hendak lah tidak terlalu lembik atau keras. jika kurang air, tambahkan lagi.

Setelah digaul rata, kisar semula bhn2 tersebut dgn food processor.


Step 3
cara buat kulit pangsit/gyouza/dumpling skin
  • 200gm tepung gandum
  • 50gm butter
  • sedikit garam dan serbuk pati ayam atau lembu
  • air panas
gaul tepung bersama butter. larutkan garam dan serbuk pati ke dalam air panas. masukkan bancuhan ke dalam adunan tepung. uli sehingga tepung tak melekat pada tangan.

canai nipis adunan dan potong petak2 mengikut saiz kesukaan masing2.
ambil 1/3 adunan dr Step2. bungkus seperti dlm gambar sehingga abis. goreng sehingga perang.


Step 4
  • panaskan air di dalam periuk. apabila air sudah mendidih padam kan api. bulat2 kan 1/3 adunan Step 2. cara buat bebola boleh rujuk di youtube. setelah siap, hidupkan api. masak sehingga bebola timbul. angkat.
  • jika mahu digoreng, panaskan minyak dan bulat2kan. goreng. (tak perlu rebus terlebih dahulu. rasa cuanki goreng lagi sedap drpd yang direbus.)
  • lagi 1/3 adunan Step 2 boleh di isi ke dalam tauhu kering atau kulit tauhu. setelah di isi, bolehlah digoreng atau direbus bersama bebola cuanki.



SUP
  • air rebusan daging atau ayam
  • 2 keping halia
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/4 biji bwg besar
  • 2 sk garam
  • 1 sk serbuk pati ayam atau lembu
  • 1/2 serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
cara
  1. masukkan air rebusan daging atau ayam.sukk masukkan air sehingga sup menjadi 2 liter.
  2. masukkan halia. panaskan sup.
  3. tumbuk garam, bawang putih dan bawang besar
  4. tumis bahan2 tumbuk. masukkan lada sulah.
  5. setelah kekuningan, masukkan ke dlm sup.
  6. masukkan serbuk pati ayam atau lembu
  7. masak hingga mendidih.
  8. tambah garam atau apa2 bahan yang agak2 terkurang.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
  • sawi (dicelur)
  • daun bawang (dihiris halus)
  • telur rebus (☆optional)
  • kecap manis ABC
  • sos cili ABC or sos cili cap belibis (indonesian brand)
  • dan lain2 bahan kesukaan masing2



Sekian, selamat membikin cuanki!!!

Tuesday, 7 June 2011

Sup Ikan Merah

Bahan2
  • 1 ekor ikan merah
  • bunga kobis
  • 1/2 btg lobak merah
  • 1/2 kiub ayam
  • 3 hiris halia
  • 0.5-1 liter air
  • garam secukup rasa
Cara2

Sunday, 5 June 2011

Steamboat Minami

Dsc_0134
Ni steamboat mystyle, cubalah rase!

Bahan-bahan ( 4 org )

  • .:: utk sup ::.
  • 2 liter air
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1 inci halia (ditumbuk lumat)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil garam
  • .:: utk bebola ayam ::.
  • 300 gm minced chicken
  • 1/2 cawan tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu (tpg jagung pon bole)
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • .:: utk sos ::.
  • 5-10 tangkai cili kering (rendam dlm air panas sehingga kembang)
  • 5 biji cili padi (bole tambah kalo nak pedas)
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 5 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 helai daun limau purut
  • .:: lain-lain bahan (contoh) ::.
  • cendawan (enoki, buna shimeji, eringgi atau apa2 pon bole)
  • udang
  • isi ketam
  • japanese soba
  • pak choy
  • dan lain2...

Cara-cara

  1. .:: utk bebola ayam ::.
  2. Campur ke semua bahan2 utk bebola. Gaulkan hingga sebati. Kemudian bulat2 adunan tersebut hingga habis.
  3. .:: utk sup ::.
  4. Dsc_0121
    Masukkan ke semua bahan utk sup. Apabila mendidih, masukkan bebola ayam.
  5. Dsc_0124
    Setelah bebola ayam masak, boleh lah masukkan bahan2 lain seperti cendawan, udang dan sebagai nya..
  6. Dsc_0146
    Bila dah mendidih, sedia utk dimakan panas-panas..
  7. .:: utk sos ::.
  8. Blend ke semua bahan utk sos seperti di atas kecuali daun limau purut.
  9. Dsc_0133_1
    Masak dgn api perlahan sehingga mendidih. Masukkan daun limau purut.
  10. Dsc_0144
    Sedia utk di makan..

Wednesday, 11 May 2011

Mushroom Soup

minami133@myresipi.com
Bahan-bahan ( 6 org )
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum
Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.