Showing posts with label Kids menu (nursery). Show all posts
Showing posts with label Kids menu (nursery). Show all posts

Friday, 14 June 2013

Nugget Tauhu


bahan A

  • 1 keping dada ayam (250gm) - mince
  • 1 keping tauhu (5x5x2cm)
  • 1/2 biji telur
  • 1/4 bawang besar -dicincang
  • 1 ulas bawang putih (saiz kecil) -diparut
  • serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1 sb tepung ubi
bahan B
  • tepung ubi utk coating
  • minyak untuk menggoreng
cara:
  1. dada ayam dikisar hancur.
  2. buang air dari tauhu. perah atau tos tauhu.
  3. gaul kesemua bahan A
  4. bentukkan adunan sehingga habis
  5. salut adunan dengan tepung ubi
  6. goreng denagn api sederhana

Saturday, 14 July 2012

Bebola Ayam

Bahan:

  • 250gm ayam (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 sk serbuk lada sulah+ garam (shio koshou)
  • 1/2 sk katsuo dashi
  • 1/2 biji telur saiz S
  • 1 sb katakuriko
  • 1 sb warabi mochiko
  • 2 sb tepung goreng ayam (utk goreng)
cara:
  1. Gaul semua bahan di atas kecuali tepung goreng ayam.
  2. panaskan air
  3. bulat2kan.
  4. bila air dah agak panas, masukkan bebola sebiji2.
  5. Angkat dan tos.
  6. Masuk tepung goreng ayam ke dlm plastik.
  7. masuk bebola ke dalam plastik. goncang.
  8. goreng bebola.
  9. angkat dan boleh masuk ke dalam mulut! hihhiihii..
Cara buat bebola


Saturday, 10 March 2012

Simple Curry

konon-konon mama masak nak tiru japanese curry lah.. tiap-tiap bulan ada menu curry rice, so kesian pulak kat hadiff org lain mkn kari, die mkn bende lain sorang2.. reka gak lah masak curry rice ni, rupa dah sama mcm yg kat nursery.. tp rasa of coarse la tak sama.. hahahaha...


bahan:

  • 1 keping dada ayam
  • 1 sudu kecil rempah kari (sy gune rempah gulai bunga ros sbb tak pedas, msk utk obento anak)
  • 3 sb sos tomato
  • 1/4 biji bwh besar (saiz M)
  • 1 biji ubi kentang
  • 3 cm lobak merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 150ml fresh milk
  • 2 cawan air
  • kicap manis
  • garam
  • 2 sb minyak
  • 1 btg kayu manis (3cm)
  • tepung gandum (utk pekatkan kuah)
cara:
  1. Hiris ayam nipis2. bersihkan ayam dan tos air.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang besar dan halis.
  3. Gaul ayam dgn rempah, bhn tumbuk dan sos tomato. Perap 15-30 minit.
  4. Masukkan minyak dlm periuk dan panaskan.
  5. Masukkan kayu manis. selepas itu masukkan ayam yg diperap.
  6. Kacau sebentar. kalau kering masukkan air