Sunday 28 August 2011

Ikan 3R a.k.a ikan 3 rasa


Bahan A:
  • 1 ekor ikan (700gm)
  • garam
  • kunyit
Bahan B
  • 2 biji bawang besar(jika besar sebiji pon cukup)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili besar
  • 5 biji cili padi
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 biji buah tomato
  • 2 sb sos tomato
  • 4 sb sos cili
  • 1 1/2 sb gula
  • 1 sk garam
  • daun limau purut
  • 2 kpg nanas dlm tin
  • 2 sb minyak masak
  • sedikit sos ikan nampla
CARA:
  1. Goreng ikan dgn kuniyt dan garam.
  2. Tumbuk bwg besar, bwg putih dan cili separa lumat.
  3. Masukkan minyak. kemudian tumis bhn tumbuk.
  4. setelah agak garing, masukkan buah tomato yg dipotong dadu. goreng seketika.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.. goreng sebentar.
  6. masukkan air
  7. masukkan nanas yg telah dipotong dadu.
  8. masukkan garam dan gula
  9. masukkan daun limau purut.
  10. masak hingga sedikit pekat.
  11. tuang ke atas ikan goreng.

Monday 15 August 2011

Kuah Percik Terengganu

Bahan utk kuah:
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *2 cm halia
  • *3 cm lengkuas
  • *1 batang serai
  • *secubit belacan
  • *10-15 tangkai cili kering @ 2 sudu serbuk cili
  • 2 keping asam keping
  • 1 tin santan (400ml)
  • gula melaka
  • gula putih
  • garam

Cara:
  1. Blend bahan yg bertanda '*'.
  2. Tumis bhn2 yg telah diblend sehingga naik bau atau pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan asam keping.
  4. Masukkan gula melaka, gula putih dan garam secukup rasa.
  5. Masak sehinnga pecah minyak dgn menggunakan api perlahan.
Kuah percik ini sesuai utk ikan atau ayam. Bakar ikan yg telah dilumur dgn kunyit dan garam. Ambil sedikit kuah percik kemudian sapu pada ikan. setelah ikan masak, masukkan ikan ke dalam kuah. Panaskan seketika.

Wednesday 3 August 2011

Pizza

 Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

  • 200 gm tepung roti
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar susu tepung
  • bhn2 utk topping
  • ** 2 keping dada ayam
  • ** 2 ulas bawang putih
  • ** serbuk lada sulah
  • ** mayonis
  • ** sos cili dan sos tomato
  • ** cheese
  • ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple) 
  • ** 1 kpg nanas dalam tin
  • ** black pepper or basil

Cara-cara

  1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 180-200 darjah selama 12-15 minit.
  3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..tabur black pepper atau basil.
  5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas! 
* Boleh juga dibakar sekali sahaja setelah topping!

    Tuesday 2 August 2011

    Chicken Hamburger

    hamburger
    Bahan:
    • 300 gm ayam mince
    • 1 cwn tepung roti
    • 1/2 sk garam
    • 1/2 sk serbuk lada sulah
    • 1 biji telur
    • 1/4 biji bawang - cincang
    Cara:
    1. Gaul kesemua bahan di atas dgn tangan sehingga rata.
    2. Bentukkan adunan mengikut kesukaan masing2.
    3. Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 2 jam.
    4. Goreng dgn menggunakan api kecil.
    5. Tudung kuali semasa menggoreng hamburger utk mendapatkan hasil yg lebih juicy!

    Paprik Ayam


     Bahan:
    • 300 gm ayam
    • pewarna merah
    • 1/2 bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 4 helai daun limau purut
    • 1/2 biji tomato (@2 sb sos tomato)
    • 2 senduk sos cili
    • 1 sb sos nampla
    • 5 biji cili padi - cincang
    • 2 sb gula
    • 1 sk garam
    • air
    • minyak
    Cara:
    1. Bersihkan ayam. Masukkan ayam ke dalam bekas yg mengandungi air. titikkan pewarwa merah. rendam seketika.
    2. Sejat air ayam. Goreng ayam separa garing.
    3. Tumis bwg putih dan bawang besar.
    4. Setelah kekuningan masukkan cili dan tomato. Goreng seketika.
    5. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika.
    6. Masukkan air.
    7. Setelah mendidih masukkan ayam dan daun limau purut.
    8. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
    ayam setelah digoreng