Monday, 16 January 2012

Ayam Goreng Kicap Berempah


SEDAP!SEDAP!sedap!!!!....

Bahan:
  • 1 ekor ayam (1.2kg)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bwg besar (saiz L)
  • 1 cm halia
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk jintan putih
  • 1 sk jintan manis
  • kicap manis kipas udang
  • sos tiram
Cara;
  1. Potong ayam kepada 10 bahagian. Bersih dan basuh ayam. Sejat.
  2. Tumbuk bwg putih, halia dan bawang besar.
  3. Tumbuk jintan manis dan jintan putih.
  4. Gaul bahan tumbuk dgn ayam. Masukkan garam. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
  5. Kukus ayam selama 20 minit. Air kukusan ayam boleh diguna utk buat nasi ayam.
  6. Angkat dan gaul dgn kicap dan sos tiram.
  7. Biar selama 30 minit.
  8. Goreng ayam hingga garing.

    Sunday, 15 January 2012

    Apam Balik

    Apam balik
    Bahan:
    • 200gm tepung pancake
    • 150ml fresh milk
    • 1 biji telur saiz M
    • segenggam kacang tanah goreng (ditumbuk)
    • gula
    • cream corn
    Cara:
    1. Pecahkan telur. Pukul sehingga agak2 kembang (3-4 minit) dgn pemukul telur.
    2. Masukkan fresh milk dan pukul lagi.
    3. Masukkan tepung pancake.
    4. Sediakan kuali (non-stick pan). Gris sahaja minyak pada kuali. Guna api yg perlahan sahaja.
    5. Setelah kuali panas, ambik 1 senduk bancuhan tepung dan leperkan ke dlm kuali. Jangan tebal sangat, nanti lambat masak.
    6. Tabur kacang tanah, gula dan jagung.
    7. Setelah masak, lipat dua. Siap!

    Monday, 19 December 2011

    Murtabak Maggi

    Bahan;
    • 2 peket maggi kari
    • 1 bungkus perencah maggi kari
    • 1/4 biji bawang besar (saiz L)
    • 3 biji telur (saiz L) @ 4 biji telur saiz S
    • sedikit minyak
    Cara:
    1. Celur mee maggi hingga lembut.
    2. Toskan air. Gaulkan dgn perencah maggi kari.
    3. PEcahkan telur dan kacau. Masukkan bawang cincang. Kacau.
    4. Masukkan mee yg telah digaul dgn perencah kari ke dlm bekas yg mengandungi telur.
    5. Goreng di atas kuali dgn sedikit minyak hingga garing.
    6. Ulang sehingga habis.

    Friday, 16 December 2011

    Cheese Cake

    (A)
    • 3 biji putih telur
    • 1/4 sk cream of tartar
    • 25gm gula
    1. Pukul putih telur seketika.
    2. Masukkan cream of tartar.
    3. Masukkan gula dan pukul lg hingga kembang.

    (B)
    • 3 biji kuning telur
    • 30 gm gula
    • 50 ml air
    • 1/2 sk esen vanilla
    • 1/2 sk chocolate paste (*option)
    • 2/4 cwn cake flour or super fine flour or tepung gandum biasa
    • 1 sk baking powder
    • 2 sb minyak masak
    1. Pukul telur kuning dan kuning telur.
    2. Gaul tepung bersama baking powder.
    3. Maukkan tepung ke dlm telur berselang-seli dgn air.
    4. Masukkan minyak dan esen vanilla
    5. Setelah dipukul rata, masukkan ke dalam adunan (A).
    6. Bakar pada suhu 160darjah, selama 30 minit.
    (sebelum tuang ke dalam dulang pembakar, alas dulang tersebut dgn kertas kek supaya kek mudah dikeluarkan)

    (C)
    • 1 sb tepung jagung
    • 250gm cream cheese (200gm pon ok!)
    • 50 ml whipping cream @ fresh cream
    • 65 gm gula
    • 1 biji telur (L)
    • 1 sb sunquik oren
    1. Campur semua bahan ke dlm satu bekas.
    2. Pukul hingga rata.
    3. Tuang ke atas bhgn A & B yg telah siap dibakar.
    4. Bakar pd suhu 180 darjah selama 25-30 minutes
    Bahan C

    Thursday, 15 December 2011

    Kari Kepala Ikan

    Bahan;
    • 2 biji kepala ikan
    • 1/2 biji bawang besar saiz L
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 2 sk campuran biji sawi
    • 200 ml santan dlm tin
    • 1 sb serbuk kari adabi
    • 2 sb serbuk kari alagappa
    • 1 cm belacan
    • 2 tangkai daun kari
    • 200 ml tomato puree
    • 1 biji buah tomato
    • 5 biji cili padi
    • air
    • 4 sb minyak masak
    • 2 keping asam keping
    • garam
    • 2 sb gula
    Cara:
    1. Bawang di potong dadu. Cincang bawang putih.
    2. Tumis bwg besar n bawang putih dgn minyak masak sehingga layu.
    3. Masukkan bancuhan rempah dgn air. MAsukkan daun kari. Tumis hingga naik bau.
    4. Masukkan tomato puree, campuran biji sawi, asam keping, belacan. Tumis sebentar.
    5. MAsukkan santan dan air mengikut kepekatan disukai.
    6. Bila santan nak mendidih, masukkan ikan.
    7. Masukkan semua baki bhn di atas.

    Sambal Bilis kering

    Bahan:
    • 3 cwn ikan bilis
    • 3 keping tempe (5x3 cm)
    • 4 sb gula
    • 2 sb air
    • minyak utk menggoreng
    • 3 ulas bwg putih
    • 10-15 tangkai cili kering
    Cara;
    1. Goreng bilis sehingga garing. Biarkan sejuk.
    2. Potong tempe nipis2. Goreng hingga garing. Biarkan sejuk.
    3. Rebus cili sampai kembang. Biarkan sejuk.
    4. Blend cili dgn bwg putih.
    5. Tumis hingga pecah minyak dan garing dgn api perlahan.
    6. Bancuh gula dgn air panas.
    7. Masukkan dgn bhn tumis.
    8. Goreng sehingga air gula kering.
    9. Masukkan ikan bilis dan tempe ke dlm bhn tumis. Gaul sekejap dan terus tutup api.
    10. lps tutup api, sambung gaul lagi sehingga rata.
    11. Sejukkan di dlm dulang.
    12. Simpan dlm bekas kedap udara.

    Sunday, 11 December 2011

    Bubur Jagung

    bubur jagung

     Menu biasa tapi keenakannya yg luar biasa! Inilah resipi oleh Sifu Mazliza.. thank you! arigatou! terima kasih.. Kali ni saya mencuba resipi bubur jagung. Mungkin lain kali boleh cuba bahan lain menggantikan jagung.

    Bahan:
    • 2 batang jagung @ 1 tin jagung segera
    • 200 ml santan (1/2 tin)
    • 2 sb coconut sugar
    • 1 sk garam
    • 1 sb sagu biji
    • 200 ml air
    • 2 sb gula
    coconut sugar made in thailand
    Cara:
    1. Hiris jagung dan masukkan ke dlm periuk. Jika guna jagung dlm tin, masukkan air jagung sekali.
    2. Campurkan ke semua bahan kecuali sagu. Masak dgn api yg perlahan. Jika terlalu pekat, boleh tambah air mengikut kepekatan yg disukai.
    3. Panaskan sebentar. Setelah itu masukkan sagu.
    4. Masak sehingga mendidih. Jika kurang manis, tambahkan gula.
    5. Masa penyediaan lebih kurang 20 minit.