Wednesday 11 May 2011

Nasi Dagang Terengganu

minami133@myresipi.com
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • **NASI resipi (1)**
  • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • 1/2 tin santan (200ml)
  • 50 ml santan + 3 cawan air panas
  • garam dan gula
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia (hiris halus2)
  •  
    • **NASI resipi (2)** recommended
    • 1/2 kg beras jasmeen (3 1/2 pot (sukatan pot jepun)
    • 150 ml santan dlm tin
    • 50 ml santan + 2 1/2 pot air panas
    • 1 sk garam
    • 1 sb gula
    • 1/4 biji bawang hiris, 1 cm halia hiris dan 1 sb halba
    Cara:
    1. Rendam beras jasmeen sekurang2 nya 2 jam.
    2. Sediakan bawang dan halia hiris. Rendam halba dalam air panas.
    3. Panaskan air utk mengukus nasi.
    4. Isi beras ke dlm periuk pengukus setelah air mendidih.
    5. Masak nasi lebih kurang 10 minit. Angkat selepas nasi naik wap 2-3 minit.
    6. Sementara menunggu nasi naik wap, sediakan santan cair. bancuhan 50ml santan dan 2 1/2 pot air. panaskan dlm wicrowave. Campurkan garam.
    7. Angkat nasi dan pindah ke dlm bekas. Gaul dgn bancuhan santan cair.
    8. Biar seketika atau sehingga air habis diserap.
    9. Isi nasi ke dlm periuk pengukus.
    10. Masak selama 10-15 minit.
    11. Keluarkan nasi dan gaul dgn santan pekat dan gula. jika santan berketul, panaskan dgn microwave terlebih dahulu.
    12. Tos halba dan masukkan bersama bhn hiris ke dlm nasi. Gaul rata. Siap.

        • **GULAI IKAN TONGKOL**
        • 1 1/2 tin santan (600 ml)
        • 1 biji bawang besar (saiz L)
        • 3 ulas bawang putih
        • 2 cm halia
        • 4 cm lengkuas
        • 15-20 tangkai cili kering
        • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
        • 10 keping asam keping
        • garam 
        • kurozato (tambah gula jika kurang manis)
        • 5-6 biji cili padi
        • 1 ekor ikan tongkol @ 2 pek katsuo tataki
        • 1 cm belacan
        • air
        Cara
        1. Kukus ikan bersama 6 keping asam keping, 2 sb garam dan air kira-kira 30 minit.
        2. Didihkan santan bersama 2 cwn air. Kacau sekali sekala.
        3. Sementara santan mendidih, blend bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas.
        4. Masukkan gula melaka atau kurozato dan 1 sb rempah.
        5. Masukkan bhn blend ke dlam santan setelah santan mendidih lebih kurang 15 minit.
        6. Blend cili kering bersama belacan.
        7. Tumis cili sehingga pecah minyak. masukkan 1 sb rempah. tumis sebentar.
        8. Masukkan ke dlm santan. Kacau dan masak dgn api yg perlahan.
        9. Masukkan 4 keping asam keping dan cili padi.
        10. Masukkan ikan dan juga air kukus ikan.
        11. Tunggu sehingga mendidih. Gulai ini ambik masa selama 1 jam lebih. Jika terlebih pekat, boleh tambah air. Rasa, kemudian tambah garam dan gula secukup rasa.
        ** Gulai nasi dagang lebih sedap jika dimasak awal 1 hari sblm makan.
          • **ACAR**
          • 2 batang timun
          • 1 batang lobak merah
          • 1/2 biji bawang besar
          • 1 biji lada besar
          • cuka, garam, gula 
          Cara:
          1. Timun dan lobak dihiris panjang2. 
          2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. 
          3. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

            nasi dagang beras jasmeen

              No comments:

              Post a Comment