Monday, 15 February 2016

Cuanki

Cuanki ialah sejenis makanan indonesia yang lebih kurang sama seperti bakso. bakso diperbuat drpd daging manakala cuanki diperbuat dprd campuran ikan. sup cuanki juga adalah sama seperti bakso.
cuanki
CUANKI

Step 1
  • 2 cwn isi ikan tenggiri (isi ikan tenggiri warna putih dan agak pejal. mungkin boleh try guna ikan selain tenggiri)
  • 10-15 ekor udang (setgh cwn)
  • 200gm isi ayam
  • 1/2 cwn daging cincang (☆optional)
Kisar semua bahan2 di atas hingga halus.



Step 2
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk garam atau secukupnya
  • 1 sk serbuk pati ayam atau lembu
  • 1 biji telur saiz M
  • 6 ulas bwg putih ditumbuk halus
  • 125-150gm tepung tapioca
  • 200ml air sejuk (boleh campur ais) atau secukupnya
Masukkan kesemua bahan kecuali tepung tapioca dan air sejuk ke dlm adunan Step 1. gaul rata dgn tgn. setelah rata, masukkan tepung tapioca. masukkan air sejuk. gaul. adunan hendak lah tidak terlalu lembik atau keras. jika kurang air, tambahkan lagi.

Setelah digaul rata, kisar semula bhn2 tersebut dgn food processor.


Step 3
cara buat kulit pangsit/gyouza/dumpling skin
  • 200gm tepung gandum
  • 50gm butter
  • sedikit garam dan serbuk pati ayam atau lembu
  • air panas
gaul tepung bersama butter. larutkan garam dan serbuk pati ke dalam air panas. masukkan bancuhan ke dalam adunan tepung. uli sehingga tepung tak melekat pada tangan.

canai nipis adunan dan potong petak2 mengikut saiz kesukaan masing2.
ambil 1/3 adunan dr Step2. bungkus seperti dlm gambar sehingga abis. goreng sehingga perang.


Step 4
  • panaskan air di dalam periuk. apabila air sudah mendidih padam kan api. bulat2 kan 1/3 adunan Step 2. cara buat bebola boleh rujuk di youtube. setelah siap, hidupkan api. masak sehingga bebola timbul. angkat.
  • jika mahu digoreng, panaskan minyak dan bulat2kan. goreng. (tak perlu rebus terlebih dahulu. rasa cuanki goreng lagi sedap drpd yang direbus.)
  • lagi 1/3 adunan Step 2 boleh di isi ke dalam tauhu kering atau kulit tauhu. setelah di isi, bolehlah digoreng atau direbus bersama bebola cuanki.



SUP
  • air rebusan daging atau ayam
  • 2 keping halia
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/4 biji bwg besar
  • 2 sk garam
  • 1 sk serbuk pati ayam atau lembu
  • 1/2 serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
cara
  1. masukkan air rebusan daging atau ayam.sukk masukkan air sehingga sup menjadi 2 liter.
  2. masukkan halia. panaskan sup.
  3. tumbuk garam, bawang putih dan bawang besar
  4. tumis bahan2 tumbuk. masukkan lada sulah.
  5. setelah kekuningan, masukkan ke dlm sup.
  6. masukkan serbuk pati ayam atau lembu
  7. masak hingga mendidih.
  8. tambah garam atau apa2 bahan yang agak2 terkurang.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
  • sawi (dicelur)
  • daun bawang (dihiris halus)
  • telur rebus (☆optional)
  • kecap manis ABC
  • sos cili ABC or sos cili cap belibis (indonesian brand)
  • dan lain2 bahan kesukaan masing2



Sekian, selamat membikin cuanki!!!

No comments:

Post a Comment