Saturday 8 September 2012

Marble Cheese Brownies

Marble Cheese Brownies


Resipi oleh Rinnchan terror masak!

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter (hokkaido butter 200gm+butter biasa 50gm)
1 cwn serbuk koko (serbuk koko van hauten.. eja camne ntah)
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. (*handwhisk saja, terlebih pukul nanti kek jd kembung/terlebih naik)
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. (loyang bakar xleh kecik dr saiz nih nanti brownies jd tebal..tak masak dlm masa 20 minit!)
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

(*1 sb sunquick - sy tambah)

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. (saya tambah jd 20 minit sbb xmasak.. suhu 170 darjah)




Lessons & Learned
  • jgn pukul telur sampai kembang sgt nanti kek naik tinggi.
  • lapisan coklat tak boleh tebal sgt nanti tak masak dlm masa 20 minit.
  • Potong kek selepas bw keluar dr peti sejuk kerana cheese masih keras, senang utk dipotong or hasil potong sgt cantik!

No comments:

Post a Comment