Sunday 5 June 2011

Keropok Lekor Perantau

RESIPI 1


  • 1 ekor ikan saba (kembung) (25-30cm panjang)
  • 200gm warabimochiko
  • 1.5 sudu kecil garam
  • 5 ketul ais kiub
  • 50-100ml air sejuk
  1. asing tulang dan isi ikan
  2. blend isi ikan bersama garam dgn food processor.
  3. masukkan ais, blend.
  4. masukkan tepung warabimochiko berselang-seli dgn air. blend hingga sebati.
  5. adunan hendaklah tidak terlalu keras.
  6. masukkan adunan ke dlm plastik aising. potong hujung mengikut saiz yg dikehendaki.
  7. panaskan air dlm periuk. tunggu hingga mendidih.
  8. tekan adunan ke dalam periuk sehingga habis.








RESIPI 2

special utk mereka yg teringin makan keropok lekor terengganu kat oversea..

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • ***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan.
  2. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
  3. Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
  4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  5. Masukkan garam.
  6. Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
  7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  8. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
  9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
  10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

No comments:

Post a Comment