Thursday, 23 June 2011

Chicken Chop


Ayam Goreng

Bhn:
  • 500 gm ayam (bhgn dada atau peha)
  • 1/2 sk serbuk shio koshou (@garam+serbuk lada sulah)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji putih telur
  • tepung gandum
  • minyak utk menggoreng
Cara:
  1. Bersihkan ayam dan sejat air.
  2. Gaul ayam dgn bwg putih dan serbuk shio koshou secukup rasa.
  3. Perap sekurang2nya 1/2 jam.
  4. Pukul sebentar putih telur kemudian gaul dgn ayam.
  5. Masukkan tepung ke dlm plastik. Masukkan ayam satu persatu ke dlm tepung. Gaul rata.
  6. Goreng ayam tersebut.

Resipi sos, sila click di sini ....

Potato Salad

Bhn:
  • 1 biji kentang (saiz besar)
  • 1/2 btg timun
  • 1/3 btg lobak merah
  • 4 sb mayonis
  • 1 sb serbuk cheese
  • sedikit shio koshou (garam+lada sulah)
Cara:
  1. Rebus keledek sehingga empuk. Kemudian potong kecil-kecil.
  2. Timun dibelah dua. Kemudian hiris nipis-nipis.
  3. Potong lobak kecil-kecil.
  4. Campur semua bahan hiris ke dlm kentang. Masukkan shio koshou, mayonis dan serbuk cheese.
  5. Gaul rata. Simpan di dlm peti sejuk. enak dimkn sejuk.

Blackpepper sauce with mushroom

Bahan
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sk butter
  • cendawan (apa2 jenis pon ok)
  • 1 cwn air
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb kicap pekat (kalau xde lebihkan kicap manis)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • garam secukup rasa
Cara
  1. Tumis bawang bersama butter hingga kekuningan. Masukkan cendawan. Goreng seketika.
  2. Masukkan air dan kicap. 
  3. masukkan kesemua jenis sos, serbuk lada hitam dan kiub ayam
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung. Tapis supaya ia tidak berketul-ketul.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
Senang ajer buat... rasa pon sedap. sy kasik 4 bintang utk resipi sy ini...

Sawi Tuna

bahan 
  • 3 pokok sawi
  • 1/3 btg lobak
  • 1/2 tin tunatin kecil
  • 2 sb kicap jepun
  • 1 sk gula

Wednesday, 22 June 2011

Tauhu kicap

Bahan
  • 1 pek tauhu
  • kicap jepun
  • katsuo bushi

Miso Shiru

miso shiru with abura age n buna shimeji

Bahan

  • 1 sb pes miso
  • 1/2 sk katsuo dashi brand shimaya
  • 1/2 sk katsuo dashi brand ajinomoto
  • 1 kpg abura age
  • cendawan
  • 500 ml air
  • daun bawang
Cara:
  1. Masukkan air ke dalam periuk.
  2. Masukkan pes miso dan perencah2 yg lain.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan abura age, cendawan atau bahan2 yg lain.
  4. Daun bawang ditabur ke dalam mangkuk seblm makan.





miso shiru with atsuage tofu (deep-fried tofu) n wakame (seaweed)
 

    Saturday, 18 June 2011

    Roasted Chicken

    1 ekor ayam (guna 1-1.2 kg seekor)

    **bhn blend**
    2 sudu rempah kerutuk
    3 labu bawang besar (saiz besar telur ayam)
    3 ulas bawang putih
    3 inci halia
    3 batang serai
    4 s/b gula
    1 s/b minyak
    2 s/b kicap manis kipas udang
    garam secukup rasa

    Cara:
    1. Gaul semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
    2. Bakar dalam suhu 200'C selama 1 jam. Kalau nak garing, tambah lagi masa.

    Tuesday, 7 June 2011

    Sayur Sihat


    Bahan2
    • 1/2 btg lobak merah
    • 1/4 kobis
    • 3 sudu besar kicap jepun
    • 1 sudu besar gula
    • garam

    Cara2
    1. Potong lobak dan kobis kecil2.
    2. Celur lobak dan kobis hingga lembut bersama garam.
    3. Masukkan gula dan kicap jepun ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga gula hancur.
    4. Tapis sayur dan alirkan air sejuk. Sejat.
    5. Masukkan sayur ke dalam mangkuk yg mengandungi kicap.
    6. Kacau sebati. Sejukkan di dalam peti sejuk.