Wednesday 27 July 2011

Udang Goreng Rangup (えびフライ)

えびフライ
bahan:
  • 10 ekor udang
  • sedikit shio-koshou
  • tepung gandum
  • tepung roti
  • air
  • minyak utk menggoreng
Cara:
  1. Buang kulit udang dan kelar udang supaya udang jd lurus. Lap udang hingga kering.
  2. Gaul udang dgn shio koshou.
  3. Gaul udang dgn tepung gandum kering.
  4. Keluarkan udang dan lebihan tepung gandum tersebut di bancuh dgn air. Bancuhan tepung hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat.
  5. Celupkan udang yg dah disalut tepung ke dalam bancuahn tepung.
  6. Golekkan ke dalam tepung roti sekata.
  7. Goreng sehingga kekuningan.
※ Bancuhan tepung boleh juga diganti dengan telur. Pecahkan 2 biji telur. Pukul sedikit.
※ Saya lebih suka guna bancuhan tepung dari telur, sbb dah sejuk pon masih lagi rasa rangup.

Monday 11 July 2011

Simple Baked Macaroni

Bahan:
instant napolitan sos
  • 100gm makaroni
  • 1 pek instant napolitan sos
  • buna shimeji
  • brokoli
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sb sos tomato
  • 200 gm daging cincang
  • 1 sb gula
  • 1 sk garam

Wednesday 6 July 2011

Niku Jyaga


Niku maksud nyer daging, jyaga maksudnya kentang.. jadilah daging kentang dlm bm... resipi nih mmg favorite org jepun... tak tau lah rasa sebenar niku jyaga nih, tp alhamdulillah resipi nih rasenya cukup sedap...

Bahan: utk 3 org

  • 250gm daging
  • 2 biji kentang
  • 3 sudu minyak masak
  • 1 sk perencah soba (dibancuh dgn 150 ml air)
  • serbuk shio koshou
  • daun bawang (dihirid kecil2)
Cara:
  1. Potong daging nipis-nipis.
  2. Basuh kemudian masukkan ke dalam kuali.
  3. Apabila air daging hampir kering, masukkan kentang.
  4. Masukkan minyak setelah air daging kering. Masukkan serbuk shio koshou.
  5. Goreng sehingga daging empuk lebih kurang 5-10 minit.
  6. Masukkan bancuhan perencah soba.
  7. Masak sehingga air sedikit kering. 
  8. Pastikan kentang sudah lembut sblm tutup api. Jika kentang dan daging tak lembut lg, tambahkan air lg.
  9. Tutup api dan taburkan daun bawang. Kacau sekata.

Tuesday 5 July 2011

Taufu Fa


Bahan
  • 2 pek tauhu
  • 3 sb gula
  • 300 ml air

Cara:
  1. Larutkan gula ke dlm air.
  2. masukkan tauhu ke dlm air gula.
* jika buat byk, masak air gula tersebut. bole juga ganti gula dgn gula melaka @ kurozato.

Makaroni gratin

 

Bahan A
Makaroni
garam

Bahan B
100 gm dada ayam cincang
25 gm butter
1 tin kecil cendawan butang
brokoli
garam
sedikit serbuk lada sulah

Bahan C
3 cwn susu segar
40 gm tepung gandum
50 gm butter
garam
serbuk lada sulah

Bahan D
Cheese

Cara:
  1. Rebus makaroni bersama garam sehingga lembut. toskan air setelah masak.
  2. Masukkan bahan B yg siap dipotong ke dalam mangkuk tahan panas.
  3. Masukkan ke dalam microwave 600W selama 6 minit.
  4. Setelah masak, campur bahan A dgn makaroni.
  5. Masukkan tepung gandum dan butter dr bhn C kedalam bekas tahan panas. masukkan ke dlm microwave 600W selama 2 minit. setelah siap, kacau rata2.
  6. masukkan susu ke dlm bekas yg mengandungi campuran butter dan tepung. masukkan ke dlm microwave 12 minit. buka microwave sekali sekala dan kacau rata supaya tidak berketul.
  7. Setelah siap, masukkan garam dan lada sulah ke dalam sos putih.
  8. Masukkan separuh sos putih ke dlm campuran makaroni. Kacau rata. masukkan adunan ke dlm dulang atau mangkuk utk dibakar.
  9. Masukkan lebihan sos putih dan ratakan.
  10. Tabur cheese ke atas adunan.
  11. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 mnit.

Sunday 3 July 2011

Soba

 Bahan (utk 2 org)
  •  200gm soba segera (2 ikat)
  • 1 peket perencah soba shimaya
  • daun bawang (dihiris)
  • wasabi
  • air
instant soba
perencah soba brand shimaya
Cara:
  1. Rebus soba dengan air yg byk kira-kira 10 minit.
  2. Setelah soba lembut, tapis air dan alirkan dgn air sejuk.
  3. Tos sehingga air kering
  4. Bancuh 1 peket perencah soba dgn air panas sebyk 200ml sehingga serbuk tersebut larut.
  5. Sedia utk dimkn bersama daun bawang dan wasabi.

Saturday 2 July 2011

Sausage Bun

Bahan A
  • 560gm tepung roti
  • 280 ml air
  • 8 sb gula
  • 1 sk garam
  • 80 gm butter
  • 20 gm shortening
  • 6 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 3 sk yis

Bahan B

  • sosej
  • sos cili
  • cheese
Cara:
  1. Masukkan bahan A ke dlm brreadmaker.
  2. Tunggu sehingga siap uli.
  3. Bentukkan doh seperti dlm gambar.
  4. Selamat mencuba.

Langkah-langkah utk buat corak daun



Cheese Bun


Bahan A
400 gm tepung roti
190ml air
5 sb gula
1/2 sk garam
50 gm butter
10 gm shortening
2 sb susu tepung
1 biji telur
2 sk yis

Bahan B
telur utk disapu atas roti
gula (utk ditabur atas roti)
cheese

Cara:
1. Masuk bahan A ke dlm breadmaker.
2. Setelah siap diuli, bulatkan doh kecil2. masukkan cheese ke dlm doh. lihat gambar.
3. setelah doh kembang, potong bhgn tgh dgn gunting.
4. sapu kuning telur.
5. tabur sedikit gula.
6. bakar pd suhu 180 darjah, 15-20 minit.


sebelum dibakar




cheese bun

Onion Roll


Bahan A
  • 560gm tepung roti
  • 280 ml air
  • 8 sb gula
  • 1 sk garam
  • 80 gm butter
  • 20 gm shortening
  • 6 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 3 sk yis

Bahan B
  • Bawang cincang
  • mayonis
Cara
  1. Masukkan bahan A ke dlm breadmaker. Tunggu hingga siap.
  2. Ambil 1/4 doh dan canai.
  3. Tabur bawang sekata di atas doh yg telah di canai.
  4. Gulung doh bersama bawang.
  5. Potong doh tersebut kemudian biar selama 30 minit atau hingga doh kembang.
  6. Letak mayonis di atas doh.
  7. Bakar pada suhu 180 minit selama 15-20 minit bergantung oven masing2.

sebelum letak mayonis

selepas letak mayonis

Chocolate chip cookies


Bahan-bahan ( 100 biji )
  • 350g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 250g butter
  • 115g gula halus
  • 100g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 35g badam cincang
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking powder yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi. Kalau adunan lembik, tambah tepung jagung.
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15 minit. (bergantung pd oven masing2)

** guna butter yang 100%. Cth; Hokkaido butter etc 

Sumber asal dr Myresipi.com tetapi telah diubahsuai oleh minami133 mengikut tekak minami133.. hehe... alhamdulillah, sedap!

Donut

Bahan:
420 gm tpg roti @ tpg gandum
6 sb gula
1/2 sk garam
75gm butter (potong kecil jika keras)@ (20gm shortening+55gm butter)
4 sb susu tepung
1 biji telur S
2 sk yis
210 ml air

cara2
1.      Mskkan bhn2 mengikut susunan di atas ke dlm breadmaker.

Mee Jawa Sarawak


by Siti Kudnie

Bahan-bahan A
1kg mee kuning (celur)
1 mangkuk taugeh (celur)
2 keping tauhu goring (hiris kecil2)
5 biji telur (rebus & potong 2)
1 ikat sawi (rebus & potong kecil2)
bawang goreng
cili jeruk


Bahan-bahan B (kuah)
1 1/2 ulas bawang putih
1/4 bawang besar
1/2 cawan udang kering (direndam)
4 sb besar rempah kari
2 biji keledek (400gm)
2 cm halia
1 bunga lawang
2 cengkih
5 cm kayu manis
minyak utk menumis
gula
garam
air
4 s/b tepung gandum (dibancuh dgn air)
ajinomoto (optional)
fish ball & fish cake (optional)

Cara-cara
1.         Rebus daging sehingga empuk bersama 1/2 biji bawang putih dan 2 cm halia utk menghilangkan bau daging.
2.         Rebus ubi keledek yg telah dikupas kulit sehingga empuk.
3.         Kisar bawang besar, 1 ulas bawang putih dan udang kering sehingga hancur. Tumis dgn menggunakan sedikit minyak.
4.         Setelah bhn tumis naik bau, masuk rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air. Tumis sehingga garing.
5.         Kisar ubi keledak sehingga hancur dgn menggunakan air rebusan ubi keledek. Masukkan ke dalam bhn tumis.
6.         Masukkan air daging. Daging dihiris nipis-nipis. Sediakan berasingan dgn kuah. Boleh juga dimasukkan bersama kuah.
7.         Masak sehingga mendidih.
8.         Masukkan garam, gula & ajinomoto. Kuah lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
9.         Masukkan air bancuhan tepung sambil tapis utk mengelakkan tepung berketul2. Jika kuah tidak pekat, tambahkan air bancuhan tepung lagi.
10.     Potong fish ball & fish cake. MAsukkan ke dlm kuah.
11.     Rasa dan tambahkan perasa yg perlu sehingga berasa sedap utk dimakan. Masak sehingga mendidih.

Chicken Teriyaki

chicken teriyaki with buna shimeji mushroom
Resipi 1 (malay version)

bahan:
  • 300gm dada ayam @ sekeping
  • 2 sb sos tiram
  • 3 sb kicap manis kipas udang
  • 1 sb minyak bijan
  • 1 sb minyak masak
  • garam secukup rasa

cara:
1. Bersihkan ayam dan sejat.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan.
3. Gaul sebati dan perap seketika.
4. Masukkan minyak ke dlm kuali ( non-stick pan)
5. Masukkan ayam ke dlm kuali dan goreng hingga masak. balikkan ayam sekali sekala.
6. Bila ayam dah masak, buang minyak yg berlebihan. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.

Roasted Chicken with mayonnaise

Bahan (utk 3 org)
  • 300gm dada ayam @ sekeping dada ayam
  • sedikit shio koshou
  • mayonis
  • mix vegetable @ cendawan 
Cara:
  1. Bersihkan ayam. Sejat sehingga air kering.
  2. Gaul dgn shio koshou. Perap sekurang-kurang nye 30 minit.
  3. Masukkan sayur campur atau cendawan.
  4. Gaul dgn mayonis secukup rasa.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.
Biasanye kalau nak masak obento esok hari, saya akan prepare ayam yg digaul dgn shio koshou pd mlm sebelum nya. mayonis dan sayur campur digaul pd keesokan hari seblm bakar.